top of page

Veteran ATM tidak berpencen mahu bantuan kos sara hidup secara automatik



Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen agak kurang berpuas hati dengan kaedah pelaksanaan bantuan kos sara hidup diberikan oleh kerajaan kepada anggota yang telah bersara.


Hal itu diungkapkan oleh Persatuan Veteran ATM Tak Berpencen Malaysia (PVATTBM) Cawangan Pasir Gudang dalam pertemuan ramah mesra bersama Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim di Taman Desa Perwira, baru baru ini.


Menurut Hassan, dalam pertemuan itu beliau dimaklumkan terdapat lebih 100 orang pesara atau veteran ATM tidak berpencen di Pasir Gudang dan majoriti mereka tinggal di Taman Desa Perwira.


"Saya dimaklumkan dalam pertemuan terdapat lebih kurang 200,000 veteran tidak berpencen di seluruh negara.


"Pesara atau veteran tidak berpencen ini telah berkhidmat pada tahun-tahun 1960an, 70an, 80an pada zaman Malaysia menghadapi ancaman bersenjata dari Parti Komunis Malaya.


"Rata-rata veteran ATM tidak berpencen sekarang adalah warga emas iaitu berumur lebih 60 tahun dan menghadapi masalah kewangan serta masalah kesihatan. Bantuan kebajikan dari Kerajaan amat diharapkan.


"Pada masa sekarang Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM pula hanya memberi elaun kos sara hidup secara berpilih-pilih dan amat terhad kepada pesara ATM yang dikategorikan sebagai daif dan miskin. Elaun kos sara hidup diberi sebanyak RM300 sebulan," katanya.


Tegas Hassan, dalam pertemuan itu veteran tidak berpencen mahu kerajaan menyediakan bantuan sara hidup secara automatik memandangkan bantuan tersebut tidak menyamai nilai pencen dan tidak melibatkan kos yang tinggi kepada kerajaan.


"Anggota Persatuan Veteran ATM yang tidak berpencen memohon perhatian kerajaan supaya bantuan kos Sara hidup diberikan secara automatik kepada semua pesara veteran.


"Mereka juga berharap kos sara hidup itu dinaikkan dari RM300 kepada RM500 sebulan memandangkan harga barangan keperluan harian yang meningkat sekarang.


"Dengan itu selaku Ahli Parlimen saya menyeru kepada kerajaan agar mendengar keluhan ratusan ribu pesara veteran tidak berpencen ATM di seluruh Malaysia," katanya lagi.


Hassan mengingatkan pemerintah bahawa negara yang makmur dan segolongan elit menikmati kemewahan pada hari ini adalah hasil pengorbanan jiwa dan raga para perajurit dan anggota ATM.


Oleh itu, katanya, merupakan tanggungjawab kerajaan yang berkuasa untuk menolong golongan veteran tersebut yang kebanyakannya hidup dalam keadaan serba susah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page