top of page

Vaksin 'pembunuh' ISR akan disuntik paksa Sabtu ini berita palsu

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 10, 2023
1 min read


Tidak cukup tuduhan kononnya Malaysia akan dikuasai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdasarkan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005), pengguna media sosial tidak bertanggungjawab menyebarkan pula berita kononnya rakyat Malaysia akan diberi vaksin ISR yang dicipta saintis Yahudi secara paksa mulai Sabtu ini.


Bagaimanapun, siasatan segmen anti fitnah Kementerian Komunikasi dan Digital mendapati berita yang disebar di media sosial itu tidak benar sama sekali.


Menurut segmen berkenaan, Kementerian Kesihatan mengesahkan tidak wujud vaksin ISR dalam senarai vaksin di negara ini.


"Penghantar (maklumat) mendakwa (ISR) racun pembunuh dicipta Yahudi


"Hasil semakan pasukan Biar Betul mendapati dakwaan tersebut adalah palsu. Menurut Kementerian Kesihatan tiada rahan dikeluarkan berkaitan perkara itu. Malah vaksin ISR (itu sendiri) tidak wujud," kata segmen itu.


Justeru, orang ramai dinasihat tidak menyebar maklumat tidak sahih. Penyebaran maklumat seumpama itu hanya akan menimbulkan kekeliruan awam.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page