top of page

Utamakan suara AMK, wujudkan latihan perkaderan - Fahmi Zainol



Debat Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Adam Adli vs Fahmi Zainol yang disiarkan oleh stesen penyiar Astro malam tadi menjawab beberapa persoalan mengenai tawaran calon calon yang rancak bertanding Ketua AMK.


Menurut salah seorang calon, Fahmi Zainol, beliau berhasrat akan mengangkat suara akar umbi AMK yang dikumpulkan pasukannya sepanjang berkempen untuk dijadikan garis dasar perjuangan anak muda.


Antara yang suara itu katanya, terangkum dalam tiga teras utama yang pasukan beliau tawarkan dalam kempen ke seluruh negara.


"Tiga teras saya bawa kepada AMK dan anak muda Malaysia ialah, pertama raih sokongan Undi 18. Terdapat 5.8 juta pengundi berumur 18 tahun.


"Kita mahu pendekatan yang lebih mampan, kita mahu memastikan golongan Undi 18 ini dididik mengambil bahagian dalam politik. Selain itu kita juga akan perjuangkan gig ekonomi, peluang pendidikan lebih baik, keboleh pasaran anak muda dalam sektor pekerjaan dan sebagainya


"Saya dan kawan kawan sebelum ini turun seluruh negara mengambil suara anak muda, dari kutipan suara ini, kalau saya menang itu (luahan rasa) yang akan saya memperjuangkan. Kedua, kita akan tingkatkan penglibatan AMK dalam PRU 15 ini," katanya.


Ketua AMK Pulau Pinang itu juga berhasrat untuk mengutamakan latihan kepada anggota AMK agar boleh menyumbang kepada parti dan negara secara sebaik baiknya melalui proses perkaderan.


"Saya akan buat proses kaderisasi, Nenegri Sembilan port selatan, Selangor port tengah dan Pulau Pinang port utara, kita akan melatih AMK untuk faham nilai reformasi dan pendidikan lebih baik. Kita mahu lihat ekonomi AMK berkembang. Kita akan kumpul ahli majlis, ahli parlimen dan DUN untuk berfikir bagaimana mahu mencetuskan ekonomi atau dana pergerakan AMK," katanya.


Bagi strategi pilihan raya pula, Fahmi bertekad mengggunakan platform Ayuh Malaysia yang dilancarkan oleh calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli mengumpulkan sukarelawan dan dana


Namun yang paling penting, katanya, adalah 5 teras yang dijanjikan dalam kempen berkenaan yang dijangka mampu menyelesaikan isu isu utama rakyat.


"Pertama strategi kita ambil adalah langkah yakini rakyat. Menuju PRU 15, terdapat kelesuan politik anak muda yang amat besar. Kita perlu menepiskan sentimen orang muda, iaitu orang politik tak boleh pakai. Kita lancar kempen Ayuh Malaysia dan menawarkan 5 teras. Sedikit sebanyak mengajak non partisan berada dalam kempen ini.


"Dengan ajak mereka, kita memberi tahu bahawa perubahan bukan mudah tetapi proses yang besar. Pasukan anak muda ini kita harap dapat memenangi hati orang luar.


"Strategi amat penting untuk mewujudkan gelombang, seperti mana isu 1MDB dan NFC menumbangkan BN di beberapa negeri dahulu. Kita perlu atur strategi yang baik di peringkat AMK," katanya.


Dalam debat itu Fahmi turut membariskan dua kejayaan ketika beliau mengetuai Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) yang mewajarkan beliau dipertimbangkan oleh anggota AMK


"Ada dua kejayaan. Pertama tentang AUKU. Saya melawan AUKU ketika menjadi presiden PMUM


"Sebagai persatuan yang dipilih oleh mahasiswa kita disekat dengan akta, misalnya tidak boleh berhimpun lebih 5 orang dan perlu mendapat kebenaran naib canselor. Kejayaan ini berlaku waktu PH memerintah di mana pemansuhan Seksyen 15 (2c) telah membenarkan mahasiswa mengambil bahagian dalam politik


"Kedua, saya gembira hari ini bila PMUM yang diperjuangkan oleh saya memberi kuasa kepada mahasiswa. Kalau dulu saya memohon agar persatuan diberi kuasa memimpin dari segi ekonomi dan hak buat keputusan. Sekarang PMUM diberi hak menguruskan perumahan universiti dan kewangan sendiri, juga diberi hak menguruskan dana persatuan di UM," katanya.


Sebagai kesimpulan, Fahmi akan menggerakkan AMK ke dalam konsep Pemuda Al Kahfi. Di mana pemuda itu yang sangat setia kepada perjuangan walaupun berada pada zaman pemerintahan raja yang zalim.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page