top of page

'Utamakan politik agenda rakyat, bukan elit puaka rebut kuasa'


KEADILAN menolak politik golongan elit puaka yang merebut kuasa demi kekuasaan dan kekayaan.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam senario negara yang gawat hari ini masih ada golongan elit yang berusaha mempertahan dan merebut kekuasaan tanpa mempedulikan kesensaraan rakyat di bawah.


Sehubungan itu, beliau menasihati ahli-ahli parti agar terus berprinsip memperjuangkan politik yang membawa perubahan kepada sistem bobrok pemerintahan di Malaysia.


"Sebab itu ianya adalah agenda 'sedaya upaya kita membawa perubahan'. Politik bukan percaturan rebut kuasa peringkat elit. Sekarang ini ada orang, yang sama ada pertahan atau merebut kuasa.


"Tidak peduli lagi aspirasi rakyat. Kerana politik bagi mereka ialah mencari kekayaan dan kuasa. Ini pemikiran golongan elit puaka yang tidak merasai derita rakyat dan merasakan kekuasaan itu boleh direbut dengan kekayaan dan kuasa. Bukan aspirasi rakyat. Kita tidak akan berganjak bahawa kuasa itu dipikul sebagai amanah dan dari aspirasi rakyat.


"Walaupun disebut dalam titah DiRaja mesti merangkul semua kekuatan. Tetapi kekuatan-kekuatan itu mesti mewakili bawah. Tidak boleh satu dua orang dengan satu dua kekuatan menuntut seolah-olah mereka sahaja yang mempunyai mandat dan keupayaan.


"Ini bagi saya walaupun kita dalam proses perbincangan dan rundingan dengan semua pihak, kita tidak berganjak dari prinsip ini. Dalam rundingan yang kita lakukan kita tekankan tatakelola baik, ubah dari paradigma percaturan politik hanya untuk rebut kekayaan," katanya dalam ucapan perasmian Kongres Nasional tahunan KEADILAN, pagi tadi.


Menurut Anwar, Malaysia memerlukan perubahan yang sistemik dari hujung sehingga ke pangkal kuasa.


Atas sebab itu, katanya, banyak pihak yang menyoal mengapakah beliau berjuang puluhan tahun tetapi tetap tidak mampu bertakhta di puncak kuasa.


"Saya jawab kita berjuang untuk merubah sistem, keangkuhan kuasa, walau pimpinan silih berganti ia tidak menceminkan hasrat untuk membawa perubahan.


"Kalau tengok (diwar-warkan) ini kekuatan Melayu Islam, tetapi tengok tindakan, bobroknya sama. Perjuangan bukan slogan tetapi keikhlasan hati nurani menterjemahkan dalam pemikiran dan dalam bentuk amal," katanya.


Bagaimanapun, Anwar tidak menolak sepanjang dua dekad perjuangan KEADILAN, wujud individu atau kelompok yang membina empayar dan menyalahgunakan kedudukan untuk mengumpul harta, terutama bekas-bekas pimpinan yang telah meninggalkan parti.


Justeru, beliau mengingatkan pimpinan dan anggota yang kekal berjuang agar mengutamakan untuk menggilap perjuangan Reformasi total serta tidak berganjak daripada prinsip berkenaan.


"Jadi harus menggilap idealisme bahawa perjuangan parti ini harus mengutamakan prinsip, tolak rasuah, tolak keangkuhan, tolak salah guna kuasa. Kita di Ranting, Cabang, pimpinan pusat apatah lagi, harus dapat dan membawa aspirasi sedemikian," katanya.


Selain itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menyentuh soal ekonomi negara yang semakin mendesak


Katanya, pengangguran telah mencecah 800,000 dan jumlah penduduk yang bekerja tidak sepenuh masa telah mencapai 2.1 juta orang.


"Masalah Covid ini berkait dengan ekonomi. Soal pengangguran, jumlah sekarang hampir 800,000 juga yang bekerja tidak sepenuh masa 2.1 juta. Pimpinan KEADILAN harus faham takrif Jabatan Statistik itu, berkerja sejam dalam seminggu dianggap ada kerja. Kerja satu jam seminggu maka lepaslah 'soru', nak makan tak cukup.


"Ini tidak termasuk yang bekerja tetapi kategori miskin. Bila kita adakan PKP, orang tak boleh kerja dan bantuan sedikit. Orang lebih melarat hidup dia.


"Kita kena faham (realiti) ekonomi bukan dari menteri. Menteri kalau tanya pelaburan masih baik, meyakinkan, ekonomi terkawal dan rakyat selesa. Pimpinan ini tidak faham derita rakyat kerana elaun mereka tinggi dan selesa," katanya lagi.


Anwar turut menjangkakan ekonomi pada 2021 akan kekal lembab dan Malaysia masih sukar untuk keluar dari kemelesetan ekonomi sekiranya masalah Covid 19 tidak diatasi secara tuntas terlebih dahulu.


0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page