top of page

Utamakan latihan pilihanraya menju PRN Sabah - Fadhlina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 10 minutes ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Wanita KEADILAN diseru memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap latihan-latihan pilihanraya demi memastikan agenda reformasi diperkasakan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.


Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek berkata, persiapan awal perlu dilakukan antara lain bagi memastikan parti berkenaan dapat menawan Negeri di Bawah Bayu itu.


''Jadi jangan main-main soal latihan pilihan raya dan soal menentu, melihat serta membaca data-data dalam pilihanraya.


''Jangan main-main apabila disebut 'kita mesti menang pilihanraya yang akan datang' sebab ini semua adalah perniagaan teras (core business) kita demi memastikan semua hasrat dan aspirasi kita yang kita percaya perubahan itu hanya boleh berlaku apabila menjadi Kerajaan.


''Sebab itu bagi tumpuan betul-betul kepada latihan-latihan ini.. sebaik sahaja balik ini (kongres di Johor), minggu depan sudah mula latihan pilihanraya.


''Ini kerana kita mahu memastikan pemilihan-pemilihan mereka yang kita nak bawa (ke PRN Sabah), adalah orang yang benar-benar kuasai ilmu pilihanraya,'' katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan sempena Kongres Wanita KEADILAN Ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Danga Bay (DBCC), di Johor Bahru, hari ini.


Terdahulu dalam ucapan dasar di sebelah pagi, Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan menekankan tentang persiapan calon pilihanraya perlu merangkumi bukan sahaja aspek latihan, tetapi pembangunan idealisme, kemahiran komunikasi serta sokongan dana yang mencukupi.


Ujar beliau, pihaknya sememangnya menitikberatkan persiapan seseorang calon sebelum mereka dihantar bertempur di gelanggang politik.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page