top of page

Usul penubuhan JK Pilihan Khas Perubahan Iklim menuju negara neutral karbon



Cadangan untuk menubuhkan Jawatankuasa (JK) Pilihan Khas Perubahan Iklim dan Pembangunan Lestari yang dibawa oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung merupakan langkah penting dalam menjadikan Malaysia negara bebas karbon pada 2035.


Bercakap pada sidang media di bangunan Parlimen petang tadi, Chean Chun berkata usul tersebut telah dibawa ke Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul hari ini untuk dipertimbangkan penubuhan jawatankuasa itu sebelum sidang Dewan Rakyat sesi Februari bermula.


"Saya mencadangkan kepada beliau satu Jawatankuasa Pilihan Khas Perubahan Iklim dan Pembangunan Lestari pada peringat parlimen.


"Umum mengetahui PM Anwar pernah mengusulkan penubuhan Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim dan Kemampanan di Simposium Perubahan Iklim 2022 pada 5 Sept 2022 lalu.


"Usul tersebut dibuat bagi membantu kerajaan merangka satu hala tuju jelas selain sebagai persediaan mendepani kemelut perubahan iklim


"Berpaksikan kepada visi untuk menjadikan Malaysia lestari 2030, dan sebagai negara neutral karbon pada 2050, negara perlu sekurang kurangnya mencapai sasaran tenaga diperbaharui sebanyak 40% seawal tahun 2035," katanya.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN itu lagi, sekiranya negara komited menerokai potensi tenaga baharu dan memperkenalkan insentif khusus kepada rakyat maka hal itu akan mengalakkan rakyat bersama sama menyumbang ke arah pembangunan tenaga yang lestari dan mampan.


"Saya juga melihat terdapat keperluan mendesak apabila Malaysia tidak terkecuali daripada dilanda beberapa fenomena yang luar biasa terjadi pada skala yang tidak pernah terjadi sebelum ini


"Peristiwa banjir ekstrem berlaku di bandar dan desa, malah peristiwa tanah runtuh baru baru ini mengorbankan banyak nyawa serta merangkul emosi seluruh negara


"Justeru kita tidak mampu menafikan di saat negara meniti arus permodenan, aktiviti perindustrian yang tidak terkawal turut mengesankan alam sekitar," katanya.


Dalam pada itu, Chean Chung juga mengumumkan misi di kawasannya Petaling Jaya yang memfokuskan pembangunan lestari serta sejahtera yang dikempennya dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lalu menerusi empat matlamat, reformasi nasional; pengangkutan dan kemudahan lestari; pemantapan kemahiran dan TVET; serta keharmonian dalam komuniti kini telah dibawa ke Parlimen dengan usul penubuhan jawatankuasa khas.


"Ini merupakan aspirasi yang dibawa saya sepanjang kempen di Petaling Jaya. Pada hari ini dengan jayanya saya berjaya membawa ini ke Parlimen dan pertemuan dengan Datuk Speaker amat berhasil


"Saya percaya usaha ini di peringkat komuniti dan di Parlimen perlu digerakkan bersama sama dalam menangani peralihan perubahan iklim negara.


"Saya berharap jawatankuasa pemilih Dewan Rakyat akan memberi pertimbangan untuk menubuhkan JK Pilihan Khas Perubahan Iklim dan Pembangunan Lestari dalam kadar segera agar pemimpin negara dapat mendepani isu perubahan iklim ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page