top of page

Usai penamaan calon, DUN Paya Rumput, Rim jadi tumpuan



Usai penamaan calon dan bermulanya fasa berkempen maka DUN Paya Rumput dan Rim dijangka akan menjadi tumpuan.


Di DUN N13 Paya Rumput, KEADILAN menurunkan Ketua Penerangan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk mendepani BN dan PN.


Shamsul selesai menjalani proses penamaan calon pada pukul 9.30 pagi tadi dan akan mula berkempen setakat mana yang dibenarkan pada hari ini juga


"Alhamdulilah. Selesai sudah penamaan calon untuk kawasan N13, DUN Paya Rumput.


"Saya calon di urutan nombor 2 dalam kertas undi. Semoga perjuangan ini diberkati Allah," katanya ringkas.


Manakala DUN N25 Rim akan menjadi tumpuan apabila Ketua Angkatan Muda KEADILAN Melaka, Prasanth Kumar a/l Brakasam diturunkan di kawasan majoriti pengundi Melayu.


Meskipun beliau menentang calon Melayu, Khaidhirah Abu Zahar (BN-Umno) dan Azalina (PN-Bersatu) namun Prasanth telah banyak melakukan gerak kerja di peringkat akar umbi sejak sekian lama.


Prasanth Kumar a/l Brakasam calon DUN Rim

Malah beliau dikenali penduduk setempat sejak berkhidmat sebagai Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat kepada Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.


Peguam muda tersebut berjanji akan meneruskan inisiatif yang dilaksanakan ketika pentadbirn Adly sekiranya PH diberi mandat berkuasa semula selepas 20 November ini.


"Inisiatif yang kita laksanakan sepanjang 22 bulan itu akan kita teruskan. Kita juga kali ini akan memberikan tumpuan kepada ekonomi dan kesihatan rakyat negeri Melaka.


"Pandemik Covid 19 mengakibatkan ramai terjejas pendapatan, hilang perkerjaan dan tiada makanan untuk makan di rumah.


"Apabila PH menang kita akan pastikan masalah pokok yang timbul akan diselesaikan segera," katanya dalam siaran media selepas penamaan calon.


Beliau juga mengingatkan rakyat Melaka agar tidak terkeliru dengan pendapat kononnya PRN kali ini hanya untuk sementara waktu dan akan ada lagi pemilihan Kerajaan Negeri dalam Pilihan Raya Umum ke 15 kelak.


"Ramai pengundi keliru apabila kita undi 20 November maka satu lagi pengundian berlaku pada PRU 15.


"Untuk DUN, selepas mengundi 20 November ini tempohnya tamat selepas 5 tahun," katanya.


Oleh itu, beliau menyeru agar pengundi luar Melaka pulang mengundi bagi memastikan Kerajaan Negeri dalam tempoh 5 tahun lagi adalah yang terbaik


"Saya ingin menyeru semua pengundi di luar Melaka agar balik mengundi pada 20 November untuk memilih kerajaan yang menjadi suara kita untuk 5 tahun akan datang," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page