top of page

Usaha PM benteras rasuah tunjuk kejayaan awal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 10, 2023
  • 1 min read


Usaha membanteras rasuah sepanjang setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan telah menunjukkan kejayaan, kata Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara ukuran penting kepada usaha itu adalah tiada mana-mana kepimpinan kerajaan yang terlibat dalam salah laku rasuah setakat ini.


Malah kerajaan pimpinannya terus akan memperkukuh usaha mengekang aktiviti rasuah termasuk melalui penubuhan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR).


"Memang ada sedikit kejayaan permulaan (banteras rasuah) dan saya katakan antara ukuran penting adalah pimpinan sehingga sekarang setahun (pentadbiran Kerajaan Perpaduan), belum ada bantahan ataupun pendedahan tentang salah laku dan rasuah dalam kalangan pimpinan kerajaan.


"Penurusan tugas dan seperti mana kita tahu dalam Kerajaan Madani, tatakelola adalah pokok utama dan pembanterasan rasuah mesti diteruskan," katanya dipetik.


Anwar berkata begitu ketika ditemui pemberita ketika berkunjung ke Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.


Minggu lalu, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar); Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohd Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar); Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui (GRS-Tawau) dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman (PH-Bentong), menerima surat cara pelantikan sebagai ahli JKMR.


Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara, mereka dilantik selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas nasihat Anwar dan tempoh keahlian mereka berkuat kuasa mulai 9 Oktober lepas hingga 8 Oktober 2026.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page