top of page

Usaha Kerajaan MADANI mereformasi Institusi Perundangan diiktiraf dunia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 31
  • 1 min read

ree

Komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam menegakkan kedaulatan undang-undang, memperkukuh integriti institusi, dan menjadikan Malaysia sebagai contoh negara progresif yang menghormati prinsip keadilan dan hak asasi terus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan komuniti perundangan global.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, hal itu terbukti apabila beliau diundang ke Tashkent Law Spring International Legal Forum 2025 di Uzbekistan bagi menyampaikan penerangan mengenai usaha reformasi dilaksana kerajaan MADANI.


"Saya berada di Tashkent, untuk lawatan rasmi atas jemputan rakan sejawat saya, TYT Akbar Tashkulov, Menteri Keadilan Republik Uzbekistan.


"Saya dijemput untuk menyampaikan pandangan dan penerangan berkaitan usaha reformasi perundangan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.


Forum yang bertemakan "The Age of Digital Technologies: A Legal Perspective of the Future", menghimpunkan pemimpin dan pakar perundangan dari seluruh dunia untuk membincangkan cabaran dan peluang dalam era pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI).


Menurut Azalina, pada sesi Plenary yang diadakan bersempena forum tersebut, beliau telah menyampaikan pandangan terkait pendigitalan dan era teknologi terkini dengan perkembangan pesat Kecerdasan Buatan (AI).


"Dalam sesi tersebut saya telah berkongsi pentas dengan pakar-pakar antarabangsa termasuk menteri-menteri kehakiman dan digital daripada UAE, Azerbaijan, Pakistan dan Rusia selain beberapa pakar badan-badan ternama dunia

"Penghormatan ini merupakan bukti jelas pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap usaha dan inisiatif reformasi perundangan dan institusi yang dilaksanakan dengan gigih oleh Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page