top of page

Usaha diplomatik bagi bebaskan sukarelawan GSF Malaysia, antarabangsa - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 2
  • 1 min read

DS Anwar berkomunikasi dengan pelbagai pihak pagi ini bagi membebaskan sukarelawan GSF
DS Anwar berkomunikasi dengan pelbagai pihak pagi ini bagi membebaskan sukarelawan GSF

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan sedang giat mengadakan rundingan dengan semua pihak berkepentingan termasuk melalui saluran diplomatik bagi memastikan pembebasan segera sukarelawan dan aktivis Malaysia, ASEAN serta antarabangsa yang ditahan rejim Israel.


"Saya dan pasukan sedang giat berhubung dengan pihak berkepentingan termasuk saluran diplomatik dalam usaha memastikan sukarelawan dan aktivis Malaysia, ASEAN dan antarabangsa dibebaskan dengan segera," katanya dalam kenyataan hari ini.


Anwar turut menyampaikan kata-kata semangat kepada keluarga tahanan yang kini berdepan situasi getir.


"Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini. Perkembangan setiap proses menuju pembebasan akan dimaklumkan dari masa ke masa," ujarnya.


Beliau pada masa sama mengajak rakyat untuk terus berdoa agar keselamatan semua tahanan, khususnya warga Malaysia, sentiasa terpelihara.


"Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara," kata Perdana Menteri.


Berdasarkan laporan Sinar Harian, setakat ini 10 aktivis Malaysia ditahan tentera laut Israel di perairan antarabangsa. Mereka adalah Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil yang berada di atas Kapal Alma dipintas jam 9.44 malam waktu Gaza.


Sejurus selepas itu, Kapal Sirius yang dinaiki Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli dipintas dan ditahan jam 9.47 malam waktu Gaza.


Manakala penyanyi popular, Zizi Kirana yang menaiki Kapal Huga dan sukarelawan Farah Lee dan Danish Nazram di atas Kapal Grande Blue turut menerima nasib sama.


Terbaharu, aktiviti dua beradik, Heliza san Hazwani yang berada di Kapal Hio disahkan ditahan oleh Israel.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page