Untuk apa dilantik Penasihat Khas, Kerajaan BN - PN ada Duta Khas?



Tindakan Menteri Luar Kerajaan BN - PN, Datuk Saiffudin Abdullah melantik Penasihat Khas dalam hal ehwal Asia Timur dan hal kebajikan antarabangsa mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.


Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, tiada gunanya Saifuddin melantik Penasihat Khas dalam keadaan telah wujud Duta Khas yang ditugaskan dan berperanan di peringkat antarabangsa.


"Kerajaan sebelum ini telah melantik Duta Khas bertaraf Menteri sebanyak 3 orang, kenapa masih perlu melantik 2 Penasihat Khas lagi?


"Kerajaan BN-PN telah melantik Duta khas ke China Datuk Seri Tiong King Sing, Duta Khas Timur Tengah Datuk Seri Hadi Awang, Duta Khas Asia Selatan SA Vigneswaran dan juga Duta Khas Asia Timur Datuk Seri Richard Riot. Kos Duta-duta khas ini mencecah juta ringgit setiap tahun.


"Bayangkan pembayaran elaun dan gaji bagi pegawai serta Setiausaha untuk Duta Khas mencecah RM 145,653 setiap bulan, iaitu sebanyak RM 1.7 juta setiap tahun, ia masih tidak termasuk elaun dan gaji duta-duta khas.


"Menteri sepatutnya bekerjasama dengan duta khas tersebut, apakah rasional kerajaan memilih untuk melantik penasihat yang baru?" tanyanya.


Dakwa ADUN Semambu itu lagi, pelantikan Penasihat Khas mungkin sengaja dibuat melangkaui proses pelantikan pegawai tadbir diplomatik dengan melantik orang luar yang dijanjikan jawatan politik sebelum ini.


Katanya, pelantikan seperti itu sama sekali tidak memenuhi tatacara kementerian.


"Kementerian Luar Negeri telah mempunyai sistem latihan yang sempurna, malah ada pegawai tadbir diplomatik yang profesional untuk memberi cadangan. Tindakan Saifuddin melantik orang sendiri sebagai ganjaran dilihat sebagai satu penghinaan terhadap pegawai tadbir diplomatik yang profesional.


"Jika pun perlantikan tersebut tidak akan menggunakan satu sen dana kerajaan, tetap ia akan dilihat Menteri menggunakan jawatan kementerian luar negeri sebagai modal politik peribadi dan tidak mencerminkan tatacara serta protokol yang profesional," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER