top of page

Unjuran KDNK 6% tertinggi di dunia, tidak realistik dibanding pendapatan negara



Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam Belanjawan 2022 sebanyak 6% dilihat terlalu tinggi bagi sebuah negara yang terkesan agak parah akibat pandemik Covid 19 seperti Malaysia.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) menimbulkan hal tersebut dalam sesi perbahasan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, pagi ini.


Katanya, unjuran pertumbuhan itu tidak begitu realistik memandangkan negara maju hanya mengunjurkan sekitar 5% sahaja


"Menang proses (membuat belanjawan) kali ini agak unik kerana ada libaturus dengan Pembangkang. Saya harap dengan perbahasan ini maka ruang tetap terbuka (untuk mengkritik) sebelum kita buat pengundian.


"Ada pandangan soal dasar dan pelaksanaan yang perlu diambil kira. Antara perkara dipersetujui dalam memorandum persefahaman dan perbincangan dengan Menteri Kewangan termasuklah soal RM45 bilion, dana Perusahaan Kecil dan Sederhana, pembiayaan tanpa faedah peniaga kecil yang kami rasa penting kerana melibatkan jumlah dana RM1.8 bilion.


"Beberapa peruntukan yang diumumkan menteri kita tidak ulang. Secara objektif memenuhi sebahagian tuntutan rakyat bawahan.


"Yang saya nak bangkitkan ialah unjuran KDNK. Kalau kita lihat unjuran KDNK Malaysia 6%, ini unjuran paling tinggi di dunia. Untuk dunia purata 4.9%, negara maju 4.5%, negara membangun 5.1%. AS 5%, Eropah 5%. China 5.6%, Singapura 5.5%, Indonesia 5.9%, Thailand 4.6%


"Unjuran ini bagi kami kurang realistik melihat kepada unjuuran pertumbuhan dan pendapatan negara," katanya.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi, jangkaan hasil kerajaan juga didapati tidak sesuai dengan keadaan ekonomi semasa apabila diunjurkan hasil yang dipungut pasca Covid 19 melebihi hasil pada 2019, dalam keadaan ekonomi yang lebih baik.


"Kedua jangkaan jumlah hasil kerajaan. Jangkaan RM234 bilion, ini bagi saya munasabah tetapi kalau dilihat dampak Covid 19 kepada nagara, ada hal-hal saya pertikai.


"Tetapi jangkaan hasil 2022 lebih tinggi daripada 2019 (RM264 bilion). Tetapi 2019 termasuk suntikan dividen khas Petronas RM30 bilion dan program khas pengakuan sukarela (cukai pendapatan) inisiatif Menteri Kewangan RM6 bilion. Jadi jika ditolak unjuran tahun depan lebih tinggi daripada 2019. Kemunasabahannya itu dipertikai," katanya.


Mengenai pulangan pelaburan dalam negeri sejumlah RM8 bilion pula, Anwar khuatir hal itu didapatkan melalui penjualan aset kerajaan.


Selain itu, beliau yang juga mantan Menteri Kewangan menegaskan penggunaan dana tabung pencen dan sebagainya perlu dilakukan secara yang amat berhati-hati agar kewangan generasi akan datang negara tidak terjejas.


"Ada juga disebut RM8.2 bilion jumlah pulangan pelaburan dalam negeri. Ini saya minta penjelasan dari Menteri Kewangan. Apakah ia dari jumlah penjualan aset?


"Bagi kita harus dipersoal. Penjualan tanah kerajaan, aset saham dan sebagainya kerana jualan itu agak tinggi. Untuk memenuhi keperluan kerjaan meningkatkan hasil.


"Begitu juga hasil yang diambil daripada KWAP dan KWAN. Kita tidak boleh lari daripada matlamat asal kedua-dua dana ini untuk menjaga kepentingan generasi yang akan datang.


"Pencen itu akan bertambah dan perlu ada persediaan untuk generasi kemudian," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page