top of page

Unit rumah kediaman dijual bawah Akta 118 dikecualikan SST - KPKT

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 16
  • 1 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan MADANI memberi jaminan bahawa unit kediaman yang dijual di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Akta 118) adalah dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, pengecualian itu meliputi semua jenis bangunan kediaman termasuk apartmen servis yang dibina di atas tanah komersial, asalkan bertujuan untuk kegunaan kediaman dan tertakluk di bawah Akta berkenaan.


"Selaras dengan aspirasi MADANI, kerajaan kekal komited memperkukuh kestabilan sektor perumahan serta memastikan impian rakyat untuk memiliki rumah mampu milik terus terlaksana


"Ini bermaksud rakyat tidak perlu bimbang dengan dakwaan bahawa semua unit kediaman akan dikenakan cukai. Perlindungan tetap diberikan di bawah Akta 118," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.


Menerusi kenyataan sama beliau berkata, pengecualian itu hasil rundingan bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, susulan kebimbangan yang disuarakan oleh pemain industri terhadap pelaksanaan SST bersasar.


Sementara itu sebagai mengulas isu percukaian berlapis (cascading tax), Nga menjelaskan bahawa pengecualian Business-to-Business (B2B) diperkenalkan bagi memastikan cukai perkhidmatan dikenakan hanya sekali dalam rantaian pembekalan.


"Syarikat pembinaan juga boleh memilih untuk mengasingkan kos bahan daripada caj perkhidmatan agar SST hanya dikenakan kepada bahagian perkhidmatan semata-mata," jelasnya.


Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa hanya 2 peratus daripada 400 kod tarif bahan binaan mengalami kenaikan kadar cukai – yang melibatkan barangan terpilih seperti tong, kaca laminasi dan jaring.


"Bahan asas penting seperti simen, pasir dan agregat kekal dikenakan kadar cukai yang sedia ada. Ini penting bagi mengekalkan kestabilan kos dalam sektor pembinaan perumahan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page