Undian Belanjawan 2022: PH masih tidak bersetuju beberapa perkara penting



Undian peringkat dasar Belanjawan 2022 dilakukan secara undian suara pada petang ini kerana Pakatan Harapan (PH) masih tidak bersetuju dengan Kerajaan Persekutuan dalam beberapa perkara penting.


Menurut Majlis Presiden PH, biar pun telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak Kerajaan melalui Jawatankuasa Libat Urus Belanjawan dan terdapat perkara dipersetujui namun terdapat juga perkara-perkara yang tidak dapat dipersetujui.


"Oleh demikian, di peringkat dasar Belanjawan 2022 ini, memandangkan kita tidak bersetuju dalam beberapa perkara, maka PH membuat keputusan untuk mengundi secara undi suara.


"Bagi proses kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa yang bermula Isnin, 22 November ini, PH akan terus memainkan peranan untuk meneliti, menyemak imbang serta memperjuangkan hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah," kata kenyataan Majlis Presiden.


Tegas Majlis Presiden lagi, PH tidak boleh menerima peruntukan yang tidak bertambah secara signifikan bagi Sabah dan Sarawakyang masih mundur dan memerlukan pembangunan lebih pesat.


Begitu juga, peruntukan untuk ransangan ekonomi ke atas rakyat kelas bawahan yang masih dilihat berkurangan berbanding keperluan.


"PH menekankan keperluan untuk meningkatkan peruntukan bagi Sabah, Sarawak dan semua rakyat Malaysia yang berdepan dengan pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi. Belanjawan seharusnya mewakili dan menjaga semua rakyat Malaysia berdasarkan keperluan tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.


"Walaupun ada tambahan peruntukan, ia masih tidak mencukupi untuk memastikan Belanjawan yang adil untuk semua tidak kira kaum, agama, jantina mahupun wilayah.


"Walaupun PH menghargai keperluan untuk mengawal defisit Belanjawan, terdapat keperluan untuk berbelanja dengan berani untuk mengatasi pandemik Covid-19 serta membantu rakyat dan perniagaan, terutamanya PKS, supaya dapat terus hidup.


"Peruntukan Belanjawan tambahan di samping Belanjawan 2022 berjumlah RM332 bilion secara berhemat tidak akan menjejaskan tahap hutang atau defisit dengan banyak tetapi mungkin kritikal dalam menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat," kata mereka.


Oleh itu, jelas Majlis Presiden, PH memutuskan akan meneruskan perbincangan dengan Kerajaan berhubung Belanjawan 2022 demi keadilan untuk rakyat.


"Sebarang keputusan berhubung kelulusan Belanjawan 2022 di peringkat jawatankuasa akan ditentukan kemudian," kata mereka lagi.


Undian petang ini merupakan pusingan pertama, selepas ini akan ada perbahasan peringkat jawatankuasa dan kemudian pengundian peringkat terakhir.


Dalam sesi pengundian petang tadi Warisan dan Pejuang cuba untuk mendapatkan undian belah bahagi namun tidak dipersetujui PH dan berakhir dengan undian suara dan Belanjawan 2022 diluluskan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER