Undi Percaya tiada dalam jadual, mungkin 2 minggu selepas pembukaan Parlimen - Wong Chen


Usul Undi Percaya yang dinyatakan Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin akan dibentangkan untuk menentukan majoriti kerajaan beliau masih belum dimasukkan ke dalam jadual sidang Parlimen.


Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, usul tersebut berkemungkinan hanya akan dibentangkan selepas 2 minggu sesi Parlimen 6 Setember ini dibuka.


"Kita bersidang 6 September tetapi mengikut urusan mesyuarat (order paper) jelas sekali dia (Undi Percaya) tidak dibuat pada 6 haribulan. Hari itu Yang di-Pertuan Agong akan beri ucapan, lepas itu kita bahas 2 minggu. Yang nampak (boleh diadakan) pada 26 September, boleh diadakah satu motion, dan ini tidak tertulis lagi.


"Jadi maknanya usul tidak wujud dalam dokumen rasmi pada masa sekarang. Dan window (ruang yang ada) nampaknya (selepas) 26 haribulan. Mengapa perlu tunggu 2 minggu?" katanya tidak berpuas hati dengan cubaan melengahkan waktu yang keterlaluan dilakukan oleh pentadbiran Mahiaddin.


Justeru, Wong mencabar PM sekiranya beliau mempunai majoriti sebagaimana dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini maka hal itu dibuktikan dengan memanggil sidang khas Parlimen Undi Percaya, bukannya menggunakan sidang biasa yang mempunyai aturan membahas titah Diraja dan sebagainya.


"Kalau ada tunjukkan. Takut apa? kalau lengahkan maknanya kerajaan tidak bertanggungjawab. Orang nak berniaga susah. Orang ramai kena Covid, 10,000 sudah mati. Tidak cukupkah mahu main politik?" katanya.


Syed Ibrahim Syed Noh

Sementara itu, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh pula berkata, sidang menentukan keabsahan Mahiaddin boleh dibuat pada bila-bila masa dan Ahli Parlimen tidak perlu dijatuhkan maruah mereka dengan percubaan menyogok wang ringgit.


"Buat sidang Parlimen segera. Kalau ditunggu September banyak perkara sudah pun berlaku. Saya rasa Ahli Parlimen yang dipancing sudah membuat laporan polis. Pihak SPRM sudah membuat siasatan. Mengapa kita perlu melalui perkara ini?


"Sedangkan perkara ini boleh diselesaikan dengan membuat Undi Percaya seberapa segera," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER