top of page

PRK Ayer Kuning: Undi BN kekal kestabilan politik, pembangunan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 24
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


AMANAH Perak menyifatkan kestabilan dan kesinambungan dasar serta keupayaan menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, hanya dapat dicapai melalui calon yang bersama kerajaan yang mentadbir negeri dan negara.


Itulah pesanan Pengerusi AMANAH negeri, Datuk Asmuni Awi menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Sabtu ini.


Oleh itu beliau berkata, masyarakat di DUN Ayer Kuning khususnya yang menyokong calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu, diseru agar terus menyokong Kerajaan Perpaduan pada PRK kali ini dengan keluar mengundi calon Barisan Nasional (BN).


''Undi kepada calon BN dalam PRK ini bukan sekadar sokongan kepada parti, tetapi adalah undi kepada kestabilan pentadbiran, kesinambungan pembangunan, dan jaminan suara Ayer Kuning terus didengari dalam pentadbiran negeri.

Datuk Asmuni Awi
Datuk Asmuni Awi

''Kita telah mulakan langkah bersama dalam PRU15, dan PRK ini adalah peluang untuk kita pastikan momentum itu tidak terputus.


''Jangan biarkan suara rakyat terpisah daripada kerajaan yang memerintah, kerana itu akan menyukarkan banyak urusan yang sepatutnya sampai kepada rakyat,'' ujarnya menerusi satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, Asmuni berkata pihaknya turut menyeru agar semangat muafakat dan perpaduan yang dibina, diteruskan hingga ke peti undi.


''Bersama kita pastikan Ayer Kuning terus berada dalam arus pembangunan dan perhatian kerajaan,'' seru beliau lagi.


PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan penyandang kerusi tersebut, Ishsam Shahruddin telah meninggal dunia pada 22 Februari lalu.


Ketika hayatnya, Allahyarham merupakan ADUN BN dan memenangi kerusi itu dalam PRU15 yang lepas.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page