top of page

Undi Awal, calon DUN Satok harap penjawat awam buat perubahan



Calon KEADILAN DUN Satok, Datuk Dr Haji Irwan pagi tadi meninjau Undi Awal dalam kalangan anggota keselamatan di IPK Kuching dan beliau berharap perubahan akan bermula dalam kalangan anggota perkhidmatan awam, khususnya anggota keselamatan.


Beliau yang sempat berbuat mesra dengan beberapa anggota polis berjanji akan membela kebajikan pasukan keselamatan di Dewan Undangan Negeri sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat.


"Perubahan ini boleh dimulakan oleh warga polis sendiri dalam menentukan siapa yang boleh membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri


"Saya juga sempat menyantuni anggota-anggota polis yang sedang menunggu giliran. Insyallah, saya bersedia menggalas tanggungjawab berat ini demi warga polis dan rakyat Satok.


"Saya juga sempat berbual dengan beberapa anggota polis di dewan mengundi tadi. Terima kasih tuan atas nasihat dan kata-kata semangat yang diberi," katanya.


Selain itu, Dr Irwan juga mengucapkan terima kasih ke atas jentera Suruhanjaya Pilihan Raya yang secara bersistematik mengesahkan butir butiran pengundi.


Suasana pengundian awal di seluruh Sarawak hari ini lancar dan angka keluar mengundi tinggi, sekitar 80%.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page