top of page

Undang Undang Bukan Jawapan Kepada Isu HIV Kalangan Mahasiswa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 2 min read

Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Masyarakat digemparkan dengan laporan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni yang menunjukkan bahawa seramai 222 pelajar IPT dikesan menghidap jangkitan HIV seawal usia 18 hingga 19 tahun pada tahun 2024.


Jumlah ini walaupun kecil berbanding jumlah keseluruhan pelajar IPT di Malaysia yang dianggarkan seramai 430,000 pelajar, namun tetap membimbangkan kerana tidak menunjukkan pola penurunan ketara semenjak tahun 2020.


Kenyataan oleh Setiausaha Kehormat Majlis Aids Malaysia (MAC) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF), Dr Zaiton Yahaya melaporkan bahawa peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar IPT kebanyakan berpunca akibat aktiviti seksual. Lebih membimbangkan apabila rekod terbaru menunjukkan 62% jangkitan HIV disumbangkan oleh golongan homoseksual dan biseksual.


Risau gejala normalisasi maksiat


Situasi ini mendapat reaksi daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang menzahirkan kerisauan terhadap gejala normalisasi maksiat atas nama kebebasan peribadi.

Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil
Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil

Perkembangan terbaru ini memberi isyarat bahawa benteng akhlak dan rohani dalam diri segelintir pelajar IPT semakin terhakis. Kebimbangan tersebut telah dikongsi oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) semenjak tahun 2024. ABIM mengkritik promosi secara terbuka dan melampau terhadap hubungan seks bebas dan homoseksual di media sosial sehingga membawa kepada gejala normalisasi budaya hedonisme.


Pelbagai cadangan mula dilontarkan bagi mencari penyelesaian terhadap peningkatan jumlah pelajar IPT yang dijangkiti HIV saban tahun. Pendekatan tegas menggunakan kuasa undang-undang adalah antara penyelesaian yang dicadangkan. Pendekatan tersebut membawa lontaran pendapat untuk menggubal peruntukan undang-undang terhadap kuasa kerajaan untuk melaksanakan ujian saringan tanpa persetujuan penjaga kepada pelajar IPT.


Program cakna pendidikan seksual


Cadangan ini walaupun ada kebaikan dari sudut membendung penularan jangkitan HIV, namun ia tidak menyelesaikan masalah tunjang iaitu normalisasi maksiat yang menjadi punca utama kepada penyebaran HIV dalam kalangan pelajar IPT.


Justeru penyelesaian paling tuntas adalah seperti yang disarankan oleh ABIM iaitu menggerakkan program cakna pendidikan seksual bermula daripada peringkat sekolah. Data menunjukkan bahawa pada tahun 2024, lapan jangkitan baharu HIV membabitkan kanak-kanak bawah usia 13 tahun. Keadaan ini membuktikan bahawa aktiviti seksual dalam kalangan pelajar IPT telah lama diamalkan, sebelum mereka menjejak kaki ke menara gading.


Pendekatan untuk membawa program advokasi seksual bermula dari peringkat sekolah perlu mula diperbanyakkan bagi mengelak statistik peningkatan kes HIV dalam kalangan pelajar IPT. Budaya hedonisme yang menjadi punca kepada masalah yang diperdebatkan ini tidak mungkin dapat dihapuskan dengan pendekatan keras undang-undang, idea hanya boleh dikalahkan dengan idea.


Teras keagamaan yang disampaikan melalui advokasi seksual adalah cara terbaik untuk menghalang budaya hedonisme daripada terus membarah. Usaha ini tidak mungkin dapat dilakukan berseorangan oleh agensi kerajaan. Bantuan daripada badan bukan kerajaan seperti ABIM akan memberi manfaat untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Keterbukaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membenarkan program advokasi seperti Dirimu Permata Berharga (DERMAGA) yang dibangunkan oleh ABIM untuk masuk ke sekolah perlu mula disebarluaskan. Gandingan golongan establishment dan masyarakat sivil adalah ramuan terbaik untuk membangunkan Malaysia, sekaligus menyelesaikan masalah keruntuhan moral dan penularan HIV dalam kalangan pelajar IPT.


Penulis merupakan Pensyarah Kanan Universiti Poly-Tech Malaysia

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page