
Oleh: Abdullah Zaid
Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor diberikan portfolio masing-masing, termasuk Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amiruddin Shari.
Pengumuman portfolio barisan Exco baharu tersebut diumumkan pemimpin nombor satu negeri itu semasa sedang media di bangunan pentadbiran negeri, tengah hari tadi.
Selain menjawat MB, ADUN Sungai Tua itu turut memegang lima portfolio, antaranya pembangunan Pembangunan Tanah dan Sumber Alam, Kewangan dan Tindakan Ekonomi, Pemodenan Pentadbiran dan Digitalisasi
Kerajaan juga Pendidikan & Pembangunan Modal Insan.
Sementara itu, tiga Exco penggal lalu yang dilantik semula ialah Borhan Aman Shah (Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari); Ng Sze Han sebagai Exco Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti, serta Ir Izham Hashim (Infrastruktur dan Pertanian).
Tujuh muka baharu, termasuk bekas Speaker Ng Suee Lim dilantik sebagai Exco Kerajaan (Tempatan dan Pelancongan); Dr. Mohammad Fahmi Ngah (Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi); Datuk Rizam Ismail (Kemajuan Desa dan Perpaduan; Jamaliah Jamaluddin (Kesihatan Awam dan Alam Sekitar); Papparaidu Veraman (Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan), manakala Anfal Saari (Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat).
Selangor menjadi negeri terakhir melengkapkan barisan pentadbiran setelah menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu.

Comments