top of page

Umno tidak berubah, tiada pembersihan walau pimpinannya sudah ke penjara




Perjalanan parti dan perilaku anggota Umno tidak berubah biar pun terdapat pemimpin utama mereka yang telah disumbat ke penjara.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Hakimin, pembersihan dalaman Umno tidak pernah berlaku sama ada selepas mereka kalah Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 atau pun pada hari ini.


Tegas beliau, majoriti masyarakat juga tidak akan mengubah persepsi ke atas parti itu apabila penyokong Umno baru baru ini tidak mahu mengambil iktibar daripada tragedi yang menimpa bekas Perdana Menteri Najib Razak sebaliknya cuba pula menyalahkan Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini yang mendakwa Ahli Parlimen Pekan itu di mahkamah.


"Selepas pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak, isteri beliau Rosmah Mansor pula didapati bersalah dan dihukum penjara sepuluh tahun dan denda RM910 juta.


"Kemudian Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar dan isterinya diarah bela diri oleh mahkamah atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.


"Tidak kira sama ada taktik meraih simpati atau pembuktian pembersihan sedang dijalankan, hakikatnya Umno sudah tidak relevan dan perlu dihapuskan," katanya dalam satu kenyataan.


Razeef juga turut menyatakan rasa terkejutnya apabila segelintir pemimpin Umno mencadangkan selepas ini Peguam Negara seharusnya dilantik dalam kalangan 'mereka' sebagai usaha membebaskan Najib daripada hukuman penjara jika memenangi PRU 15


Katanya, tidak wajar faktor kemenangan pilihan raya semata mata kerana mahu membebaskan Najib yang sebelum ini telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan.


"Adakah tujuan mereka memenangi pilihan raya hanya untuk membebaskan Najib yang jelas bersalah?


"Nampaknya isu rakyat tidak ada nilai pada mereka, perjuangan Umno hanya untuk menyelamatkan pemimpin mereka yang berada dalam penjara dan yang bakal dihumban (sekali lagi) ke dalam penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa," katanya.


Oleh itu, ujarnya, amat jelas sikap Umno dan hasrat mereka akan mempergunakan sistem perundangan sekiranya diberi peluang memerintah lagi selepas PRU ke 15.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page