top of page

UMNO sahabat serasi: Cubaan gugat Kerajaan Perpaduan sia sia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 minutes ago
  • 2 min read

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Pendirian UMNO sebagaimana diumumkan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga habis penggal adalah satu keputusan yang sangat tepat dan terpuji.


Ia menggambarkan Ahmad Zahid begitu mengutamakan kestabilan kerajaan dan tidak ingin melihat pembentukan Kerajaan Perpaduan sebagaimana dititahkan Yang Di-Pertuan Agong ke-16 dikhianati.


Keputusan UMNO itu juga memperlihatkan Presiden UMNO itu benar-benar sahabat sejati kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dengan keputusan itu, Kerajaan Perpaduan akan terus stabil dan dapat meneruskan khidmat kepada rakyat sehingga habis penggal bersama-sama dengan UMNO yang merupakan antara komponen utamanya.


Hakikatnya, keputusan UMNO untuk kekal berada dalam kerajaan adalah pilihan yang lebih baik berbanding jika tiba-tiba menukar status menjadi pembangkang sebagaimana dicadangkan oleh Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh.


Dapat apa jadi pembangkang?


Memetik kata-kata Ahmad Maslan - satu sen tak guna bila jadi pembangkang.


Satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah peranan berkhidmat kepada rakyat akan jadi lebih berkesan bila berada dalam kerajaan berbanding pembangkang.

Penulis - Noraini Nordin
Penulis - Noraini Nordin

Yang pasti juga, jika bersama kerajaan, harapan untuk mengekalkan kemenangan dan kekal sebagai keranan jauh lebih cerah lagi.


Selain itu, keputusan Ahmad Zahid untuk mengekalkan UMNO dalam kerajaan sehingga habis penggal adalah pilihan yang tentunya juga menggembirakan rakyat.


Rakyat ketika ini melihat Anwar adalah Perdana Menteri paling terbaik untuk Malaysia dan beliau sepatutnya terus dikekalkan mentadbir negara ini.


Sehingga tamat penggal

Sebarang cubaan mengugut dan menggugat Kerajaan Perpaduan adalah perbuatan sia-sia.


Apa-apa cubaan menggugat, apa lagi ingin menjatuhkannnya adalah pengkhianatan kepada mandat rakyat, bahkan akan membuatkan rakyat kecewa.


Seharusnya UMNO bahawa parti itu akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga habis penggal adalah perkara yang muktamad dan tiada lagi sebarang gangguan selepas ini.


Terima kasih UMNO.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page