top of page

Umno - PN semakin lemah di Kedah, rakyat mula persoal kerajaan - Dr Azman


Umno mahu pun kerajaan Perikatan Nasional (PN) hakikatnya semakin lemah terutama terkait isu kegagalan menangani wabak Covid 19 di sebalik gembar-gembur beberapa agensi tinjauan pendapat kononnya gabungan pemerintah itu masih popular.


Bagi Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail, Umno mahu pun PN tidak perlu memanjangkan mimpi untuk menang bergaya dalam Pilihan Raya Umum ke 15 sebagaimana diramal beberapa pihak.


Malah, katanya, di Kedah pun gabungan pemerintah itu semakin tidak popular dan mula dipersoalkan rakyat dalam banyak isu.


"Dalam hal ini Umno kena bertanggungjawab terhadap kesilapan mereka menyertai PN (membentuk kerajaan). Saya sebut bahawa di Kedah mereka (Umno) dipersalahkan dan rakyat banyak yang telah meninggalkan mereka


"Kalau mereka tak sedar lagi maka mereka akan kecundang dalam PRU akan datang. Tak usah berangan-angan mereka akan disokong oleh rakyat ketika berada di dalam PN atau semata-mata kerana mereka kritik PN. Itu rakyat tak suka dengar," katanya.


Menurut Dr Azman lagi, ketidakpuasan hati rakyat semakin meluas. Apatah lagi kerajaan PN Kedah kelihatan lemah dan tidak bersungguh-sungguh bekerja untuk rakyat.


Berbeza dengan kerajaan PH yang membawa masuk banyak pelaburan ke negeri berkenaan, kerajaan diterajui Pas hari ini sebaliknya lebih menumpukan untuk mendapat wang pampasan air mentah dari Pulau Pinang dan gagal menumpukan aspek pengembangan ekonomi domestik.


Di peringkat akar umbi juga, kata Dr Azman, Umno mahu pun PN 'buat kerja' membantu rakyat dan mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan beretorik.


"Saya turun tengok kawasan kena ribut dan sebagainya tiap-tiap hari, dan jelas Umno tidak bekerja, mereka cuma berangan-angan


"Benar mereka dapat sokongan PN tapi semua rakyat marah kepada PN dan Umno turut dimarahi


"Umno hanya bermimpi mereka masih mempunyai kekuatan bersama PN," katanya lagi.


Untuk rekod, ketika Kedah diperintah oleh kerajaan PH, negeri itu pernah mencatat jumlah pelaburan kedua tertinggi di Malaysia selepas Pulau Pinang pada suku pertama 2019 lalu.


Namun prestasi sama tidak berjaya dikekalkan oleh pentadbiran Pas.



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page