top of page

Umno perlu beralih tempat ke Pembangkang sidang Parlimen 26 Julai jika mahu jatuhkan PM


Umno yang telah menarik sokongan daripada pentadbiran Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin perlu menunjukkan sikap profesionalisme mereka sebagai ahli politik dengan duduk di kerusi barisan Pembangkang pada sidang Parlimen 26 Julai ini.


Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata, biar pun Undi Percaya atau Tidak Percaya sukar dilaksanakan ke atas pentadbiran Mahiaddin, namun dengan perbuatan menukar kedudukan ke barisan pembangkang itu akan memberi peluang kepada Yang di-Pertuan Agong memastikan Mahiaddin telah hilang sokongan serta boleh menasihatkan beliau meletak jawatan


"Hal ini terpulang kepada Umno, janganlah main sorong-tarik. Ini menyusahkan rakyat. Kalau betul Presiden Umno Zahid Hamidi tarik sokongan dari Mahiaddin, tarik betul-betul.


"Senang sahaja kalau Undi Tidak Percaya tidak dibenarkan di Parlimen, caranya orang Umno pun tahu, mereka tarik sokongan dengan beritahu Speaker (tulis surat) mereka nak duduk di Blok Pembangkang waktu sesi Parlimen. Buat kenyataan media.


"Ini dengan sendirinya akan nampak PM sudah hilang majoriti. Hanya perlu 8 Ahli Parlimen tarik sokongan, Pakatan Harapan dengan Warisan, Muda, Pejuang dan Upko ada 105, kalau Umno tambah 8 jadi 113 (melepasi majoriti mudah)


"Kalau ini dapat ditunjukkan, kembalilah negara kita ke demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Waktu itu Agong boleh merujuk kepada Perkara 43 fasal 4, iaitu PM sudah hilang majoriti.


"Panggil PM ke istana suruh letak jawatan, lepas itu boleh jemput Ketua Pembangkang untuk diangkat sebagai PM," katanya dalam forum maya anjuran Angkatan Muda KEADILAN Johor, bertajuk "Sidang Parlimen : Keabsahan Kerajaan Muhyiddin Bakal Teruji?", malam tadi.


Dalam forum itu, Hassan turut mengulas mengenai perilaku Peguam Negara yang dilihat tidak berperanan menasihatkan kerajaan secara wajar.


Menurut Hassan, kerajaan yang dirujuk dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan kerajaan Yang di-Pertuan Agong dan Peguam Negara seharusnya menasihati Agong dan Perdana Menteri dengan saksama serta mengikut lunas sebenar undang-undang


"Saya nak tegur Peguam Negara. Peguam Negara telah melakukan kesalahan judisiari. Beliau selaku penasihat undnag-undang kerajaan, bukan (maknanya) kerajaan Mahiaddin (sahaja), dia hanyalah ketua eksekutif kepada kerajaan Yang di-Pertuan Agong.


"Peguam Negara mesti menjelaskan, menerangkan kepada Agong apa makna Ahli Parlimen Pagoh itu tak ada lagi majoriti. Jangan sebut perkara 43 fasal 2a itu, tetapi kembali kepada peruntukan Perkara 43 fasal 4 yang menyebut apabila PM dah tak ada majoriti sokongan Ahli Parlimen maka beliau mesti meletakkan jawatan. Jangan heret Yang di-Pertuan Agong, susahkan Baginda. Be gentlement


"Negara kita amal sistem demokrasi. Kalau dah tak ada majorti turunlah, letak jawatan," katanya.


Tambah Hassan, Mahiaddin bukan sahaja dilihat gagal dari segi undang-undang mempertahankan kerajaannya yang hilang sokongan tetapi juga telah gagal dari segi moral dalam perang melawan Covid 19, berbekalkan kuasa Darurat sejak Januari lalu.


"Kalau dah gagal, jangkitan 11,000 -12,000 kes sehari (maka letak jawatan). Bayangkan kadar jangkitan ikut per juta penduduk Asia Tenggara kita paling teruk.


"Maknanya jangkitan bagi setiap sejuta rakyat kita lebih tinggi daripada Indonesia, Filipina. Ini gagal ke berjaya?


"Sudahlah legitimasi di Parlimen tak cukup sokongan, tangani Covid pun gagal. Jadi dalam keadaan ini bukan 20 - 30 orang kelompok itu sahaja boleh tadbir negara. Serah balik negara ini kepada Agong, ikutlah Perlembagaan," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page