top of page

UMNO P Pinang punya kelebihan bersama PH berbanding PN



Bergabungnya BN dalam Kerajaan Perpaduan memberi keuntungan kepada UMNO di Pulau Pinang berbanding bersama PN.


Pengarah Komunikasi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata demikian dalam ceramah hala tuju UMNO di Batu Kawan, Pulau Pinang, malam tadi.


Menurut beliau, sekiranya UMNO bersama PN maka kerusi Melayu yang dimenangi Bersatu atau Pas dalam pilihanraya lalu tidak boleh lagi ditandingi UMNO, termasuklah di Pulau Pinang.


"Kalau kita sokong Muhyiddin jadi Perdana Menteri (pada 20 November 2022), 74 kerusi yang UMNO dan Pas telah menang, UMNO boleh ucap selamat tinggal.


"Sampai mampus kita tak akan dapat balik, sebab 74 kerusi Bersatu dan Pas dah menang, kerusi inilah yang kita selalu bertanding.


"UMNO hanya boleh bertanding di 26 kerusi yang UMNO menang. Juga kerusi yang KEADILAN menang, 19 kerusi. Tetapi 19 kerusi KEADILAN menang di kawasan Melayu ini pun kena bincang dengan Bersatu dan Pas. Habis kuat kita boleh dapat 5 sahaja. UMNO hanya boleh bertanding di 31 kerusi dalam PRU 16.


"UMNO ada 191 bahagian, kalau boleh bertanding 31 kerusi, 190 UMNO bahagian itu boleh kita tutup," katanya.


Lokman berkata, apabila bersama PH terdapat perbezaan yang jelas kerusi Melayu, India atau Cina yang mana komponen PH tidak akan mengacau UMNO.


Katanya, DAP tidak mungkin bertanding kerusi Melayu dan UMNO pun tidak mungkin bertanding kerusi Cina yang dominasi DAP.


"Saya ambil contoh Pulau Pinang. PRU 14, DUN kita menang 2 kerusi. Kalau kita pergi solo ikut keputusan PRU 15, satu kerusi pun BN tak memang di Penang. Sebab Melayu pecah 3.


"Tetapi saya yakin lepas ni kita akan lawan. Kalau dulu BN bertanding 15 kerusi. 13 kalah 2 saja menang. Hari ini busuk busuk pun takkan 8 kerusi tak boleh dapat?


"Itu kelebihan kita bersama PH," katanya.


Kepada penyokong UMNO yang masih bertanya mengapa parti itu tidak menyokong parti Melayu dan bersama PH pula, Lokman mahu mereka faham bahawa 3 tahun bersama PN membentuk Kerajaan Persekutuan, UMNO dibuli oleh PN.


"Bila kita bersama dengan dia, dia buli kita. Duit Umno dibekukan. Mahkamah 3 kali perintah pulang balik duit UMNO, dia (pemimpin Bersatu) suruh Peguam Negara rayu balik jangan bagi duit UMNO. Sebab dia tahu kalau UMNO ada duit, boleh buat program dan undi UMNO akan bertambah. Mereka siksa kita.


"Bila masuk PRN sabah, kita tengok apa berlaku di Sabah. Kita nak pergi solo tiba tiba Muhyiddin buat muka kesian merayu nak bersama PRN Sabah.


"Akhirnya sebahagian kerusi, UMNO Sabah tak bertanding dan Bersatu bertanding. Tiba tiba sekerat jalan dia bawa masuk PBS lompat team dia. Dah dia bertanding lebih banyak dari kita.


"UMNO masih menang lebih banyak kerusi tetapi mereka tetap tidak mahu beri UMNO kerusi Ketua Menteri Sabah," katanya.


Lokman dalam ceramah itu turut mendedahkan bagaimana pemimpin kanan Bersatu terbang ke Sabah dan memberi RM200,000 kepada calon Bebas untuk menentang UMNO di kerusi yang Bersatu atau sekutunya tidak bertanding.


Oleh sebab itu, katanya, UMNO tidak lagi mahu bersama Bersatu dalam PRN Johor dan Melaka.


Begitu juga apabila berlaku kerajaan tergantung selepas PRU 15, Umno mengambil keputusan untuk tidak bersama PN yang telah diketahui hati perutnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page