
Kempen politik Umno kononnya hanya kerajaan yang diterajui parti itu sahaja akan membawa kestabilan harus diteliti dengan akal yang rasional oleh rakyat Malaysia.
Naib Presiden KEADILAN Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ironinya sejak 3 tahun kebelakangan ini ketidakstabilan dalam pemerintahan Malaysia dan negeri di dalamnya bukan disebabkan oleh Pkatan Harapan (PH), sebaliknya kerana perebutan kuasa dalaman Umno.
Beliau mengingatkan rakyat bahawa kejatuhan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin diakibatkan oleh Umno dan begitu juga Pilihan Raya Negeri Melaka terpaksa diadakan akibat perebutan kuasa dalam parti itu.
"Umno kata pilih Umno BN kerana kami bawa kestabilan. Faktanya kerajaan Melaka jatuh kerana Umno bercakar sesama sendiri. Kerajaan PN pula jatuh kerana 15 Ahli Parlimen Umno tarik sokongam
"Hari ini PM dah Umno, itu pun ada bunyi Umno nak tarik sokongan kepada PM (selepas Najib masuk penjara). Di mana stabilnya dan nak jaga keamanan dalam negara, di kala kita berdepan dengan masalah Covid serta ekonomi.
"Sebab itu kalau nak tengok stabil tengok di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Apabila cukup wakil PH di 3 negeri ini, di saat negeri lain buat PRN, tukar MB 2 - 3 kali, Selangor kekal aman dan stabil di bawah PH
"Yang cipta ketidakstabilan Umno BN. Putrajaya mereka dah berkuasa pun mereka nak cipta ketidakstabilan. Mereka ini hilang keutamaan," katanya dalam ceramah Pentas Angkatan Muda di Petaling Jaya, malam tadi.
Selain itu, Menteri Besar Selangor itu juga mengingatkan agar rakyat tidak terikut ikut hujah karut BN yang mentohmah kerajaan 22 bulan PH gagal.
Katanya, mengikut sejarah PH di Selangor tempoh 2 tahun pertama hanyalah untuk memperbaiki kelemahan pentadbiran BN sebelumnya, dan bukan fasa memperlihatkan kehebatan PH dalam pemerintahan.
"Bila kita dapat negeri Selangor zaman MB sebelum ini, memang tempoh 22 bulan agak perit. Ingat balik 24 bulan pertama, masa itu MB bagi lembu di kawasannya jadi isu SPRM, MB tukar sport rim kereta jadi isu, kita nak urus penternakan khinzir lebih bersih jadi isu di Parlimen, ditohmah projek khinzir rasaksa.
"22 bulan memang banyak perkara asas kita perbaiki dan uruskan. Pengalaman 24 bulan penggal pertama (di Selangor) memang betul betul perit," katanya.
Bagaimanapun dalam ditekan hebat seperti itu, kata Amirudin, kerajaan 22 bulan PH berjaya juga membawa beberapa perubahan besar.
Antaranya mewujudkan skim i-Suri yang mana para suami boleh mencarumkan di Kumpulan Simpanan Wang Pekerja buat isteri yang tidak bekerja.
Begitu juga rombakan pentadbiran dan kewangan Tabung Haji yang berjaya menyusun semula institusi tabungan umat Islam itu.
"Ada contoh kejayaan yang masih dibuat hingga sekarang. Contohnya i-Suri, idea siapa? Wanita PH. Kita cadangkan agar suami boleh menyimpan caruman KWSP kepada isteri mereka supaya isteri mereka ditinggalkan, atau suami meningga dunia ada caruman yang boleh digunakan. Ini dibuat di zaman PH oleh menteri Timbalan PM wanita pertama Datuk Seri Wan Azizah.
"Laporan TH, ini digunakan pas. Digunakan oleh pemimpin Umno. Mereka kata PH tunduk dengan Cina (DAP), tunduk dengan bukan Melayu.
"TH dijual, ada 2 - 3 ustaz tak pernah minta maaf sampai hari ini. Bila PH tumbang dijawab oleh Menteri Agama (era PN). Dia jawab betul dan tepat langkah menteri PH Datuk Seri Mujahid Yusof pulihkan TH daripada dirosakkan pemimpin Unmo sebelum ini
"Dan dua perkara itu amat jelas di mata kita," katanya.