top of page

UMNO dilibatkan di WP: Perjuangan penuhi manfaat rakyat lebih utama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 19
  • 2 min read

ree

Oleh: Helmi Foad


Kerajaan MADANI menegaskan perjuangan memenuhi manfaat rakyat lebih utama daripada kepentingan individu termasuk dalam isu pelantikan politik di agensi strategik Wilayah Persekutuan.


Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Nor Azrina Surip (gambar) berkata pelaksanaan dasar dan program kerajaan di wilayah persekutuan (WP) sentiasa mengutamakan penyertaan pelbagai pihak termasuk UMNO, sejajar dengan semangat kebersamaan dalam kerajaan.


"Saya terpanggil memberikan respons balas terhadap kenyataan terbuka Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Haji Gulam Muszaffar Shah Gulam Mustakim yang mendakwa UMNO tidak diberi ruang untuk berperanan di Wilayah Persekutuan.


"Kenyataan itu tidak menggambarkan realiti sebenar kerana pelantikan melibatkan wakil UMNO telah dibuat dan ruang keterlibatan mereka sentiasa ada," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau menjelaskan pelantikan politik di agensi strategik Wilayah Persekutuan turut melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional termasuk dalam Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), Perbadanan Putrajaya (PPj), Perbadanan Labuan (PL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).


Selain itu, katanya, Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Ghani merupakan ahli tetap Majlis Menteri Wilayah yang bersidang dua kali setahun bagi menentukan hala tuju pembangunan wilayah.


Nor Azrina berkata garis panduan pelantikan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) turut diperkemaskan dengan menetapkan kuota minimum kepada wakil Barisan Nasional bagi memastikan representasi yang seimbang.


Beliau menambah peruntukan khas Menteri juga diagihkan secara terbuka kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik termasuk pertubuhan bukan keraiaan (NGO) yang dipimpin oleh aktivis UMNO.


Mengenai isu Bazar Ramadan yang turut dibangkitkan, beliau menjelaskan program khas Menteri telah melalui proses semakan teliti dan menyeluruh serta pengesahan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) agar dapat dilaksanakan dengan teratur, telus dan berkesan.


"Tidaklah wajar sekiranya hanya kerana perjuangan individu seperti perjuangan Persatuan Penjaja pimpinan Datuk Gulam yang tidak dapat menguruskan Bazar Ramadan tahun ini dijadikan alasan untuk menafikan hakikat yang sebenar.


"Kita semua mempunyai tanggungjawab kolektif untuk membina keyakinan rakyat terhadap kestabilan dan keberkesanan kerajaan. Sekiranya ada kekeliruan atau ruang penambahbaikan, saluran rasmi sentiasa terbuka," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page