top of page

Umno, Bersatu bagi tawaran tapi jawatan bukan segala-galanya - Tengku Zulpuri


Memang sah dan jelas bahawa Perikatan Nasional (PN) menggunakan taktik kotor untuk menambahkan sokongan di Parlimen dengan memberi tawaran lumayan kepada Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH).


Yang terbaru, Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji mengakui mendapat tawaran dan desakan daripada pemimpin Umno dan Bersatu di Pahang, namun beliau tetap setia bersama PH.


"Kita perlu ada prinsip. Susah senang bersama PH, jawatan bukan segala-galanya.


"Semua itu politik kelakar...Insya-Allah saya akan terus bersama PH," katanya seperti dilaporkan oleh Malaysiakini.


Tengku Zulpuri merupakan Naib Pengerusi DAP sejak 2017.


Beliau merupakan ADUN Mentakab pada 2013 sebelum bertanding kerusi Parlimen Raub pada 2018 dan membantu PH meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan menewaskan pemimpin MCA, Chew Mei Fun.


Sejak itu, Tengku Zulpuri berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, sehinggalah berlakunya Langkah Sheraton.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page