top of page

Umno bengang dengan tiga pelantikan senator Bersatu?


Apabila tiga pemimpin Bersatu iaitu Dr Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad dan Zahid Md Arip bakal dilantik menjadi senator, tidak disangka ada pemimpin Umno tidak senang dengan pelantikan tersebut.


Paling lantang mengkritik adalah Puad Zarkashi yang menganggap ketiga-tiga pemimpin Bersatu itu tidak layak mendapat gelaran senator kerana hanya memikirkan soal untuk mendapatkan kuasa dan jawatan.


Niat sebenar mereka, kata Puad, boleh dilihat dengan jelas kerana Rais, Radzi dan Zahid sering bertukar-tukar parti demi kesenangan diri.


"Memang hebat three stooges yang baru dilantik sebagai senator. Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad dan Zahid Md Arip. Mereka hidup sepanjang zaman kerana pandai main wayang sepanjang zaman.


"Rais Yatim dan Radzi dari Umno masuk Semangat 46 masuk Umno masuk Bersatu akhirnya masuk Bersatu 2.0. Zahid Md Arif pula dari Umno kepada PKR, kepada Umno, kepada Bersatu dan akhirnya masuk Bersatu 2.0," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.


Puad mendakwa, setiap kali mereka bertukar parti, mereka sentiasa mendapat jawatan tinggi dan ia akan berlaku lagi selepas mereka dilantik sebagai senator.


"Senangnya mereka dapat jawatan. Kalau nanti dilantik Menteri, Timbalan Menteri atau boss GLC lagi gila babi dibuatnya. Bersatu memang lubuk untuk kaki lompat dan main wayang," katanya.


Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Wangsa Maju, Rafi Awang Kechik pula menyerang habis-habisan pelantikan senator baharu dibawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menganggap ia sebagai tidak adil dan berat sebelah.


'Lima lantikan baharu senator mewakili Bersatu dan Pas. Wakil Umno di mana? Nampak sangat Muhyiddin tak pandang langsung keberadaan pemimpin Umno dalam kerajaannya. Umno macam melukut tepian gantang.


"Adakah pelantikan ini secara 'collective responsibility' dari semua jemaah menteri terutama Menteri Umno dan BN atau Muhyiddin sesuka hati dia sahaja buat lantikan? Kalau begitu baik tak payah wujud kerjasama?


"Sudah tak ada Ahli Parlimen BN atau orang dari Umno dan BN untuk dilantik senator? Lantikan ini cukup memalukan, jangan berselindung disebalik nama Agong untuk halalkan semua ini," katanya di Facebook.


Nampaknya tunggu masa sahaja untuk Umno menarik balik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).


Sokongan terhadap Bersatu dibawah pimpinan Muhyiddin dilihat semakin lama semakin terhakis kerana ketamakan kuasa dalam PN.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page