top of page

Umno akan langgar Pagoh: Muhyiddin PM pertama kalah di Parlimen sendiri?



Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir semalam menyaksikan ancaman nyata buat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila Pengerusi Umno Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad mengancam akan 'melanggar' Parlimen Pagoh.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, ancaman Umno itu bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru di Pagoh dan seluruh negeri Johor.


Katanya, jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN), BN dan Pakatan Harapan (PH) maka undi Melayu akan berpecah.


"Umno dan Bersatu sedang mengeluarkan buah atau bunga silat masing-masing. Umno bila bercakap di PAU memang begitu. Sama juga dengan Bersatu.


"Pengerusi PN kata, jika BN bertanding semua kerusi maka PN juga akan bertanding semua kerusi. Biar dua, tiga atau empat penjuru.


"Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Perhubungan Negeri Johor pula kata akan langgar kerusi Pagoh dan lemahkan Bersatu di Johor.


"Sebenarnya kedua-dua Umno dan PN bakal kecundang jika bertanding sesama mereka. Undi Melayu akan berpecah," kata Syed Ibrahim kepada Suara Keadilan.


Ahli Parlimen Ledang itu tidak menolak kemungkinan PH boleh mengintai kemenangan di Pagoh.


Sekiranya itu berlaku, katanya, sejarah mungkin tercipta dalam Pilihan Raya Umum ke 15, iaitu PM pertama di Malaysia yang kalah di Parlimennya sendiri.


"PH mungkin boleh intai kemenangan dan menjadi giant killer jika Muhyiddin kalah di Pagoh. PM pertama kalah di Parlimen sendiri


"Saya percaya Umno dan Bersatu pun boleh baca ini. Mereka akan berpencak silat dan cabar mencabar.


"Yang penting, pengkhianat tidak wajar dipilih. Rakyat wajar hukum dengan menolak mereka di Johor," katanya lagi.


Semalam, Hasni berkata Umno Pagoh menegaskan mereka tidak akan memberi laluan kepada Muhyiddin mempertahankan kerusi Parlimennya sebagaimana persetujuan Umno - Bersatu sebelum ini.


"Saya sudah bentangkan pandangan Umno Johor bahawa kita ingin bertanding 26 kerusi. Keputusan BN Johor (sebelum ini) tanding semua kerusi melainkan (Parlimen) Pagoh kerana kita hormat perdana menteri.


"Tetapi Umno Pagoh kata mereka tidak benarkan perdana menteri bertanding tanpa sebarang pertandingan daripada Umno," katanya ketika membahas ucapan dasar presiden Umno pada PAU 2020.


Selain itu, Hasni juga mendakwa tinjauan di Pagoh mendapati sokongan terhadap PN hanyalah sebanyak 19.8 peratus, manakala BN 24.4 peratus dan Muafakat Nasional (MN) 37.1 peratus.


Bagaimanapun Hasni tidak menyebut sama ada tinjauan tersebut terkini atau pun bukan, kerana sekiranya digabungkan sokongan PN dan BN hanya sekitar 42% dan tidak cukup untuk mengekalkan Muhyiddin di kerusi berkenaan.

0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page