Umno ada 40 kerusi, tidak boleh tentukan bubar Parlimen - Hassan Karim



Perwakilan Umno mahupun pimpinan parti itu tidak boleh menggunakan platform Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sedang berlangsung bagi mendesak pembubaran Parlimen.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, tidak sepatutnya parti yang hanya mempunyai 40 Ahli Parlimen menentukan pembubaran tanpa mengambil kira persetujuan rakan gabungan dalam kerajaan.


"Siapa yang ada kuasa politik untuk membubarkan Parlimen Malaysia ke-14?


"Adakah Presiden Umno atau Perhimpunan Agung Umno ada kuasa itu?


"Jawapannya tidak. Kerajaan Persekutuan sekarang bukan Kerajaan mutlak Umno, walaupun Perdana Menteri (PM) dari Umno.


"Kerajaan Persekutuan merupakan sebuah Kerajaan campuran. Ahli Parlimen Umno sekitar 40 orang. Manakala Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan lain-lain mempunyai Ahli Parlimen yang lebih ramai, melebihi 70 orang.


"Jadi soal pembubaran Parlimen perlu dibincang dalam kabinet, bukan di Perhimpunan Agung Umno," katanya.


Tambah Hassan, biar pun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen namun beliau juga telah terikat dengan perjanjian memorandum kerjasama (MoU) bersama Pakatan Harapan (PH) yang menetapkan Parlimen tidak boleh dibubar sebelum 31 Julai 2022.


"Adakah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ada kuasa untuk bubarkan Parlimen pada bila-bila masa?


"Jawapannya beliau tidak ada kuasa demikian. Tangan Perdana Menteri terikat dengan MoU bersama PH yang menyatakan Parlimen Malaysia ke-14 tidak akan dibubarkan sebelum 31 Julai tahun ini.


"Apa maknanya jika Perdana Menteri tunduk kepada Presiden atau Perhimpunan Agung Umno lalu membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai?


"Ia membawa makna PM memungkiri janji dengan PH yang telah ditandatangani pada 13 September 2021," katanya.


Memungkiri perjanjian MoU, tegas Hassan akan memberi imej buruk kepada PM, apatah lagi setelah Yang di-Pertuan Agong memuji kerjasama kerajaan dan pembangkang itu demi kestabilan politik negara.


"Walau bagaimanapun, tidak dinafikan Umno BN dan PM dalam segi segi tertentu masih ada kuasa politik, walaupun terbatas menentukan bilakah Parlimen Malaysia hendak dibubarkan.


"Namun pihak yang benar-benar ada kuasa hampir mutlak untuk memutuskan sama ada bersetuju Parlimen dibubarkan atau tidak ialah Yang di-Pertuan Agong, seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.


"Walaupun Agong hendaklah bertindak mengikuti nasihat PM di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan, tetapi di bawah Perkara 40(2)(b), dinyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsinya untuk tidak memperkenankan permintaan pembubaran Parlimen.


"Ertinya Yang di-Pertuan Agong ada kuasa budibicara dalam soal pembubaran Parlimen," katanya.


Oleh itu, menurut Hassan lagi, amat tidak manis parti yang memperjuangkan Melayu terus mendesak seolah olah tidak faham Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk pembubaran Parlimen dan baginda sebelum ini telah tidak membubarkan Parlimen tetapi membenarkan PM berganti 3 kali.


Sehubungan itu, Hassan meansihatkan perwakilan Umno agar tidak menggunakan PAU sebagai medan mendesak pembubaran Parlimen.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER