top of page

Umat Islam perlu hayati pengorbanan depani kesukaran ekonomi pasca pandemik Covid - MB



Umat Islam Malaysia, khususnya di Selangor perlu lebih tabah dan menghayati erti pengorbanan dalam mengharungi kesukaan ekonomi pasca pandemik Covid 19 tahun ini.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata demikian dalam perutusan sempena Hari Raya Aidiladha yang disambut hari ini.


Menurut beliau, pengorbanan agung junjungan Nabi Ibrahim a.s dan puteranya Ismail a.s harus dijadikan pedoman dalam menempuh cabaran hidup.


"Kita berada di bulan Zulhijah, bulan yang menghimpunkan dua ibadah besar bagi umat Islam iaitu ibadah haji dan juga ibadah korban.


"Dua ibadah ini adalah tali yang menghubungkan kita dengan leluhur agung Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan juga anaknya Nabi Ismail.


"Melalui kisah mereka yang diceritakan al-Quran, kita dapat memahami betapa dalamnya pengorbanan mereka demi mempertahankan ajaran tauhid yang hanif," katanya.


Namun menurut MB dalam membantu rakyat menghadapi cabaran pasca pandemik, Kerajaan Selangor berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan kesukaran rakyat di negeri itu dengan pelbagai skim bantuan ekonomi yang telah dijenama semula demi kesejahteraan rakyat.


"Menyedari cabaran ini, Kerajaan Negeri Selangor melancarkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) bagi meluaskan capaian dan menambah baik program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) serta program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS-IT)


"Bingkas akan memberi manfaat kepada keseluruhan anggota keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 keluarga dengan bantuan RM300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.


"Di samping itu Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut mengadakan Jualan Prihatin Rakyat Aidiladha yang menawarkan barangan keperluan seperti ayam, daging, telur, minyak masak dan ikan pada harga yang lebih rendah," katanya.


Justeru, Amirudin yang juga Naib Presiden KEADILAN yang baharu mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada rakyat Selangor dan seluruh rakyat Malaysia amnya.


"Selamat Hari Raya Aidiladha saya ucapkan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page