top of page

Umat Islam perlu bersolidariti bersama rakyat Palestin



Konflik terbaharu Israel - Palestin berikutan serangan mengejut sayap bersenjata Hamas ke atas tentera Zionis semalam mencetuskan tragedi kemanusiaan baharu kepada masyarakat Palestin yang telah sekian lama ditindas Yahudi.


Bagi Sekretariat Palestin Malaysia (SPM) serangan terbaharu Hamas ke atas Israel dan pengumuman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa negara itu kini berperang dengan Palestin adalah ulangan realiti sejak puluhan tahun lalu yang mana rakyat Palestin terus menerus diperangi oleh Zionis.


Oleh itu, menurut kenyataan SPM, tindakan Hamas melancarkan serangan merupakan sesuatu yang sah daripada bangsa yang terjajah ke atas penjajah.


"Tanggapan Israel ia berperang dengan Hamas bukanlah sesuatu yang baru. Israel tidak pernah berdamai dengan Palestin sejak pendudukannya.


"Namun keupayaan pejuang kemerdekaan Palestin yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk melancarkan serangan tidak dijangka adalah isyarat jelas bahawa Zionis Israel merupakan penjajah yang terdedah (kepada tindak balas) dan rakyat Palestin mempunyai keazaman dan keupayaan untuk melancarkan serangan.


"Operasi Tawafan (Operasi Banjir Al Aqsa) yang dilancarkan oleh Hamas bersama pejuang Al Qassam, Jihad Islam, Al Quds dan batalion Jenin merupakan suatu tindakan balas terhadap penjajahan Zionis selama berpuluh tahun dan kekejaman ke atas penempatan di bumi Palestin," kata kenyataan bersama beberapa pertubuhan membela Palestin tersebut.


Jelas SPM lagi, serangan Hamas adalah khusus menghadapi operasi berterusan Israel memburu dan membunuh para pemimpin Islam Palestin hampir setiap bulan.


Serangan juga, kata mereka menjadi isyarat jelas penolakan tindakan beberapa negara Arab yang mula menjalinkan hubungan baik dengan rejim Zionis.


"Tahun 2023 telah mencatatkan insiden keganasan dan pencerobohan tertinggi ke dalam masjid Al Aqsa. Hamas berazam untuk menamatkan pendudukan, serangan dan pencerobohan ke atas masjid Al Aqsa


"Juga menamatkan perobohan kediaman, rampasan tanah, pengepungan Gaza, penahanan dan pembunuhan sewenang wenang serta penyeksaan terhadap tahanan Palestin.


"Sesiapa sahaja akan terpaksa melancarkan serangan sekiranya menghadapi hakikat hidup sedemikian. Hamas dan puak Palestin yang lain mempunyai alasan yang sah untuk menyerang balik," tegas mereka.


Sehubungan itu, SPM menyeru solidari dari umat Islam sedunia buat warga Palestin yang bakal diserang secara besar besaran oleh rejim Israel selepas ini sesuai dengan sumpah Netanyahu untuk 'meratakan' bumi Gaza.


Sekretariat dalam pada itu turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) segera mengadakan mesyuarat tergempar bagi mengeluarkan nota solidariti kepada pejuang kemerdekaan Palestin.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh President MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid; Pengerusi Perikatan Masaajid Dunia Mempertahan Al Aqsa; Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Ulama Asia Datuk Abdul Ghani Samsudin dan Setiausaha Agung Sekretariat Palestin Malaysia Syed Sheikh Al Attas

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page