Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyifatkan ujian saringan Covid-19 secara mengejut di Parlimen hanyalah sekadar helah kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Beliau berkata, ujian saringan boleh diadakan semasa waktu rehat bukannya menggunakan tempoh persidangan.
"Sepatutnya ada sidang tetapi tiba-tiba ada kenyataan dari Ketua Pengarah Kesihatan, nampaknya buat sementara waktu sidang tergendala. Kenapa tak buat tengah hari tadi ke, semalam ke," katanya menerusi siaran langsung di akaun Facebook miliknya.
Beliau juga menganggap pendekatan mengadakan ujian saringan Covid-19 di Parlimen tidak mematuhi SOP yang sewajarnya.
"Tengoklah, tak ada penjarakan fizikal tak patut berlaku tak menepati SOP.
"Ini merupakan helah terakhir untuk terus kekal berkuasa. Amat mendukacitakan dan menyedihkan, padahal boleh panggil buat waktu pagi atau waktu rehat.
"Sepatutnya keputusan dapat waktu petang tapi saya percaya mereka akan cari jalan terus tangguhkan," katanya.
Commentaires