top of page

Ugutan atas PM bukan 'kelucuan', bersatu padu lawan Israel


Oleh: Abdullah Zaid


Dakwaan pemimpin Pas yang menyifatkan ugutan yang diterima Perdana Menteri susulan kelantangnya dalam isu Palestin sebagai ‘melucukan’, dilihat tidak wajar dan amat dikesali.


Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata ugutan terhadap pemimpin nombor satu itu adalah sebahagian daripada keselamatan negara dan uanya tidak boleh dijadikan bahan sendaan.


Kata beliau, dalam isu kedaulatan negara semua pihak tanpa mengira mana-mana parti politik seharusnya bersatu padu di belakang ketua kerajaan.


"Saya kecewa dengan pemimpin dan sesetengah pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai satu bahan jenaka. Seharusnya kita teguh bersama dalam mempertahankan kedaulatan negara.


"Apalagi ancaman yang datang itu disebabkan oleh kelantangan pendirian Malaysia terhadap kezaliman rejim Israel," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Untuk rekod, semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengakui menerima ‘ancaman’ dalam ceramah Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada 24 Oktober lalu sebagai pelik dan melucukan.


Dakwanya, pemimpin negara sebelum ini juga lantang memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin dan berita itu sudah diketahui umum serta bukan perkara baharu.


Dalam pada itu, semalam, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengakui langkah yang dibawa Anwar sebagai wakil Malaysia adalah jauh lebih terkehadapan.


Biarpun, katanya, Perdana Menteri sebelum ini mempunyai sumbangnya yang tersendiri dalam membela nasib rakyat Palestin.


Mengulas lanjut, Taufiq mengingatkan supaya setiap pihak, lebih lebih lagi gerakan Islam seperti Pas untuk bersatu hati dalam konteks Palestin dan bersepakat untuk mengecam kezaliman yang dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Gaza.


"Saya sedih melihat ada pihak di negara kita yang menunggang kesengsaraan dan keperitan rakyat Palestin sebagai perkakas politik.


"Carilah isu lain untuk menyerang lawan politik. Sepatutnya kita bersatu padu dalam hal kemanusiaan," tegas beliau.

0 comments

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page