top of page

Ucapan rasis, hina wanita cemari kemuliaan Parlimen - Sangetha



Ucapan rasis dan seksis sebagaimana dalam sesi pembukaan sidang Parlimen semalam mencemarkan Dewan yang mulia.


Naib Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Sangetha Jayakumar berkata, tindakan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sewajarnya dikecam keras kerana mengeluarkan kenyataan menghina Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto.


Katanya, kenyataan tersebut jelas menunjukkan sikap dan jatidiri Azeez yang rendah, tidak menghormati kemuliaan Parlimen serta meneruskan tradisi kebiasaan pemerintahan BN yang gemar bersikap 'membuli' wanita.


"Wanita KEADILAN yang mengikuti pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas melahirkan rasa kesal kerana tindakan tersebut tidak ditegur Ahli-ahli Parlimen wanita dari Perikatan Nasional, apatah lagi ianya melibatkan kenyataan berbaur perkauman dan merendah-rendahkan martabat wanita yang selama ini diangkat tinggi oleh pentadbiran Pakatan Harapan.


"Perkara sedemikian turut mencerminkan betapa peranan wanita tidak pernah menjadi agenda penting Perikatan Nasional dan mereka hanya berminat dengan perebutan kuasa serta memegang peranan penting (perlantikan pengerusi GLC) demi tembolok diri sendiri serta kroni," katanya dalam satu kenyataan.


Sangetha turut memberi amaran sikap ahli parlimen BN yang kurang bertamadun seperti itu tidak wajar diteruskan dalam era teknologi maklumat yang mana ucapan memalukan mereka boleh tersebar ke seluruh dunia dengan pantas.


"Justeru, kami yakin selagi mereka yang mewarisi sikap lama ini terus diberikan tanggungjawab selaku pemimpin maka wanita akan terus dianggap sebagai bahan lelucon dan hinaan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi," katanya yang juga Pemangku Ketua Wanita KEADILAN Selangor.


Ucapan berbaur seksis dan rasis semalam memaksa sesi pembukaan Parlimen ditangguhkan lebih awal apabila wakil-wakili rakyat Pembangkang menuntut Azeez dikenakan tindakan.


Bagaimanapun Speaker baharu Ahzar Harun mengumumkan sesi disambung semula pada Selasa.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page