top of page

TV3 ditegur, jangan cuba normalisasi budaya LGBT - Najwan



Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor Najwan Halimi menegur syarikat penyiaran TV3 membiarkan perlakuan beberapa individu berpakaian ala gaya "Mak Nyah" ketika acara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.


Menyifatkan perlakuan itu sebagai 'biadap dan memualkan", beliau mempersoalkan, adakah TV3 cuba menormalisasikan budaya LGBT melalui rancangan anugerah lagu itu.


"Biadab dan memualkan! Saya nasihatkan @tv3malaysia jangan jadi enabler golongan mutasyabbih ini.


"Apakah TV3 menerusi #AJL39 cuba untuk menormalisasikan budaya LGBT di kalangan masyarakat?" katanya dalam hantaran melalui X hari ini.


Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik berkata acara berprestij seperti AJL tidak sepatutnya menjadi platform untuk mempromosikan agenda sedemikian.


Jelasnya pihak TV3 perlu lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat.


"Tak sewajarnya insiden sebegini berlaku dalam majlis anugerah seni yang secara tradisi sejak 40 tahun lalu dianjurkan untuk meraikan karya terbaik dalam kalangan komposer dan penulis lirik tanah air," katanya.


Kontroversi timbul apabila tular rakaman video dua lelaki berpakaian ala wanita pada acara AJL39 hingga timbul tanya tanda adakah budaya LGBT sudah dinormalisasi dalam program hiburan seumpama itu.


AJL ke-39 itu menyaksikan penyanyi Marsha Milan London dinobatkan sebagai pemenang sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 bersama trofi utama.


Karya ciptaan Ikhwan Fatana itu merupakan runut bunyi bagi drama fenomena TV3 berjudul Aku Bukan Ustazah.


Hadiah wang tunai RM50,000 bagi naib juara AJL 39 pula diraih oleh lagu Bukan Lagi Kita dendangan Nadeera.


Menduduki tempat ketiga adalah lagu Saksama nyanyian Akim & The Majistret sekali gus membawa pulang RM30,000 berserta trofi.


Lagu-lagu yang berentap di AJL 39 adalah Sengaja (Amir Masdi), Puas Sudah (Aina Abdul), Saksama (Akim & The Majistret), Diam (Hael Husaini), Hening Rindu (Marsha Milan) dan Aura (Ernie Zakri).


Turut bertanding, Pujaanku (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz), Risiko (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) serta Terus Bersinar (Hafiz Suip).


Persembahan 10 finalis AJL 39 diadili juri profesional termasuk Fauziah Latif, Datuk Fauziah Nawi, Datuk Hattan, Dato Ahmad Izham Omar, Ad Samad, LY, Edrie Hashim, Siti Hajar dan Edry Abdul Halim sebagai ketua juri.

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page