'Turunkan kadar pengangguran graduan, bukan buka universiti wanita'



Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia digesa menyelesaikan masalah sebenar sistem pendidikan tinggi negara sebelum membuka universiti khas untuk wanita.


Menurut kenyataan KEADILAN Cabang Kemaman, negara telah mempunyai cukup banyak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) malah di negeri yang kurang pekerjaan seperti Terengganu sekali pun.


Cuma masalahnya, kata kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN itu ialah pengangguran dalam kalangan lulusan IPT terbabit.


"Cadangan penubuhan universiti wanita oleh Menteri Datuk Noraini Ahmad menimbulkan banyak keraguan terhadap pengurusan KPT ketika ini.


"Negara sekarang sudah mempunyai lebih daripada 20 universiti awam, di manakah keperluan untuk menubuhkan satu lagi universiti yang pasti memerlukan kos besar, dalam masa yang sama universiti awam sedia ada ditambah dengan universiti swasta masih cukup untuk menampung keperluan pengajian tinggi negara.


"Kualiti pengajian di universiti awam dan swasta sepatutnya lebih utama dijadikan fokus KPT. Begitu juga kadar pengangguran siswazah yang tinggi menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem dan kualiti pembelajaran negara. Seharusnya perkara ini menjadi fokus untuk ditangani," kata kenyataan tersebut.


Tambah KEADILAN Kemaman lagi, IPT khas untuk wanita hanya akan menjadi projek gajah putih kerana pada waktu ini komposisi pelajar wanita telah pun sedia tinggi berbanding lelaki.


Malah KEADILAN Kemaman tertanya tanya adakah pembinaan IPT untuk wanita itu merupakan projek khusus buat kroni kroni pihak berkepentingan?


"Adakah idea penubuhan universiti untuk wanita ini merupakan satu projek untuk mengenyangkan kroni-kroni dan juga peluang menjarah duit rakyat oleh ahli politik yang rakus?


"Setiap dasar dan keputusan oleh kerajaan mestilah memanfaatkan rakyat teramai, bukan hanya untuk menguntungkan golongan elit politik dan kroni-kroni mereka. Justeru itu rakyat meminta ketelusan pihak KPT dalam cadangan universiti wanita ini," kata kenyataan itu lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER