top of page

'Turun Anwar': Retorik pembangkang tersasar dari realiti politik - Rozy Razit

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 4
  • 2 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kempen ‘Turun Anwar’ yang digerakkan pihak tertentu disifatkan tidak relevan dengan keadaan semasa negara yang kini berada di landasan pemulihan ekonomi dan keyakinan pelabur yang semakin meningkat.


Ketua Wanita KEADILAN Cabang Pasir Gudang, Noraziah Mohd Razit (gambar) berkata, kempen yang dilancarkan pembangkang itu satu bentuk politik sabotaj bertujuan menidakkan pencapaian Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Perdana menteri telah mengambil langkah tegas membanteras ketirisan dan pembaziran, merancakkan pelaburan langsung asing (FDI), memperkukuh jaringan keselamatan sosial melalui subsidi bersasar, memperkenalkan dasar gaji progresif, serta memperjuangkan pemerkasaan wanita dan belia.


"lroninya, pada saat negara sedang melangkah keluar daripada belenggu ketidaktentuan pasca­pandemik dan krisis politik lalu, rakyat cuba diheret ke dalam kancah permainan persepsi yang langsung tidak menyumbang kepada kemajuan mahupun masa depan negara," katanya menerusi satu kenyataan.


Pembangkang merancang menganjurkan demonstrasi pada 26 Julai ini di Kuala Lumpur, sebagai sebahagian daripada kempen menolak kepimpinan perdana menteri.


Media sebelum ini melaporkan asas ekonomi negara kekal stabil, dengan kadar inflasi bagi Mei 2025 berada pada tahap terendah dalam 51 bulan – hanya 1.2 peratus.


Kadar pengangguran juga menunjukkan trend positif apabila turun ke paras terendah dalam sedekad, iaitu tiga peratus pada April lalu.


Di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, Malaysia juga adalah satu-satunya negara yang melonjak 11 tangga dalam World Competitiveness Ranking 2025 dan mencapai kedudukan ke-23, iaitu prestasi terbaik sejak tahun 2020.


Sementara itu, Noraziah yang juga Exco Wanita KEADILAN Pusat menyeru semua pihak agar menghormati mandat rakyat yang telah diberikan kepada Kerajaan Perpaduan untuk memimpin agenda reformasi negara.


Beliau turut menzahirkan rasa percaya bahawa majoriti rakyat lebih mendambakan kestabilan, kemajuan dan keadilan, bukan retorik perpecahan yang didorong kepentingan politik sempit.

"Berilah ruang kepada proses reformasi ini dilaksanakan secara aman dan konstruktif demi Malaysia yang lebih adil, stabil dan sejahtera," ujarnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page