top of page

Tunjukkan persediaan hadapi banjir, bukan putuskan PRU musim banjir



Pemimpin Umno jelas tidak bertanggungjawab terhadap rakyat apabila berdegil untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada hujung tahun ini.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Setiawangsa, Muhammad Azha Salahudin, rakyat ternanti nanti kerajaan menunjukkan persiapan rapi mereka menghadapi banjir bulan November, bukan memutuskan untuk memanggil PRU 15 pada musim banjir.


"Keputusan yang dibuat oleh pimpinan Umno mengadakan PRU15 pada hujung tahun ini tidak masuk akal dan langsung tidak mempedulikan masalah serius dihadapi rakyat.


"Kluster Mahkamah  dalam Umno yang dipimpin oleh Presidennya Ahmad Zahid Hamidi terus mendesak dan menekan Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen secepat mungkin supaya perbicaraan rasuah yang dihadapi oleh mereka dapat ditangguhkan.


"Hakikatnya, bencana banjir bukanlah isu kecil yang perlu dipandang sebelah mata oleh kerajaan kerana ianya melibatkan isu keselamatan dan nyawa rakyat terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan pendalaman serta sukar untuk mendapat akses bantuan yang sepatutnya," kata Azha beliau dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu beliau hairan melihat sikap kerajaan BN - PN yang tidak menunjukkan kepada rakyat persiapan rapi yang dilakukan bagi menghadapi banjir yang diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia agak buruk pada tahun ini, bermula 3 Oktober.


"Sehingga ke hari ini kerajaan BN-PN masih tidak menjelaskan kepada rakyat tentang langkah strategi atau persiapan awal yang dilakukan oleh mereka untuk menghadapi musim banjir yang dijangka berlaku lebih teruk berbanding tahun sebelum ini.


"Peristiwa banjir yang berlaku awal tahun (juga hujung 2021) lalu kita dapat saksikan beberapa nyawa rakyat yang menjadi korban akibat kegagalan kerajaan bertindak lebih pantas dengan mengeluarkan arahan untuk menyelamatkan mangsa banjir yang terkandas," katanya.


Oleh itu, Azha menggesa kerajaan BN - PN berfikir secara rasional dan menghentikan idea gila untuk memaksa rakyat mengharung banjir memilih kerajaan pada hujung tahun ini.


"Musim banjir bukan masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya.


"Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, sebanyak RM1 bilion perlu digunakan untuk mengadakan PRU. Lebih baik sekiranya wang tersebut digunakan untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang terlibat," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page