top of page

Tun Mahathir tiada kredibiliti bela Melayu, GTA untuk golongan kecewa



Penubuhan Gerakan Tanah Air (GTA) yang dilancarkan pada 4 Ogos lalu oleh Tun Mahathir Mohamad tidak mungkin menjadi gabungan politik yang kuat atau mampu membela kaum Melayu sebagaimana diuar uarkan.


Bagi Naib Ketua Cabang KEADILAN Batu, Rozan Azen Mat Rasip, GTA yang disertai oleh parti PEJUANG, PUTERA, BERJASA dan IMAN tidak memperlihatkan gabungan suara arus perdana masyarakat Melayu, sebaliknya lebih kepada serpihan dan suara terpinggir tokoh tokoh politik Melayu.


"GTA mudah diramal bakal menjadi tunggangan politik terkini bagi yang telah dibuang, disingkir, diketepikan dan sebaliknya. Gerakan ini akan menjadi wadah baharu untuk golongan kecewa ini. Semuanya akan diberikan laluan. Ini dapat diabsahkan apabila dapat kita lihat GTA telah terus mengumumkan akan bertanding 120 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 15.


"Sepertimana dalam kenyataan Tun Mahathir sendiri, fokus musuh mereka adalah menwaskan Umno. Ini juga menimbulkan persoalan, manakah yang boleh dibayangkan kestabilan politik negara nanti jika GTA tidak berjaya mencapai sasaran kerusi tersebut?


"Juga adakah nasib Melayu boleh berubah begitu mudah (jika GTA menang)? Satu kelucuan politik bagi direnungkan bersama selain menilai kejujuran tekad politik gabungan GTA yang seperti tangkap muat ini," katanya dalam satu kenyataan.


Lebih daripada itu, menurut Rozan, Tun Mahathir dalam satu acara sebuah peluncuran buku pada 2014 lalu pernah mengakui dirinya gagal mengubah nasib Melayu setelah memimpin kerajaan di bawah panji UmnoBN selama 22 tahun.


Hal itu, katanya telah menjadi bukti kegagalan Tun di masa lampau yang diakuinya sendiri


Oleh yang demikian, tegas Rozan, GTA jika masuk Pilihan Raya Umum ke 15 sekali pun akan lebih kepada gabungan yang mengganggu undi Melayu dan bukannya perikatan politik untuk kemenangan.


"GTA bakal tanding di kerusi tradisi Umno yang membawa implikasi dan kesimpulan GTA akan turut mahu kerusi campuran atau kerusi bukan tradisi Umno.


"Dapat dinilai GTA pasti ganggu keharmonian 'kesepakatan undi' pengundi Malaysia yang berbilang bangsa dalam mahu menolak para calon dan parti musuh yang sama.


"Tindakan GTA ini juga kita baca sebagai kekacauan fokus sendiri dalam rencana GTA kononnya mahu membela hak dan maruah pengundi Melayu di 120 kerusi itu. Agenda Melayu apakah yang mahu dibawa jika seakan membayangkan ganggu kerusi yang sudah ada 'Ahli Parlimen (Melayu)' (terutama kawasan Pakatan Harapan) yang telah terbukti dipilih rakyat, kerana telah pamerkan kredibiliti dan bersih?


"GTA hanyalah satu naratif merugikan undi Melayu. Separutnya yang menjadi perhatian pengundi pada PRU kali ini ialah perjuangan yang ditekankan oleh Ketua Pembangkang dan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu keutamaan pada 'good governance'," katanya


Rozan juga menyingkap perjuangan Tun Mahathir yang bukan memperkasa Melayu tetapi lebih banyak merosakkan bangsa itu dengan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 - 2012. Pembangkang ketika itu terpaksa berusaha keras menentang dalam Jawatankuasa Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) sehingga program tersebut dihentikan.


"Jika kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dianggap oleh Tun tidak layak menjadi alat kemajuan bangsa dan negara maka apakah bentuk perjuangan maruah Melayu dan mahukah diberikan keyakinan itu kepada kumpulan GTA ini?


"Ini belum lagi mengambil kira pelbagai aspek lain dalam melumpuhkan nasib dan daya hidup rakyat marhaen seperti penggubalan Akta Gaji Minima, Akta Universiti dna Kolej Universiti serta pelbagai perbuatan beliau yang lalu. Ini semua menampakkan beliau menghadapi masalah dalam membawa imej semangat adil dan hak dalam tasawur Islam sejak dahulu lagi," akhiri Rozan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page