top of page

Tumpuan Prabakaran naiktaraf flat PPR, pasar, luas khidmat bas percuma di Batu



Masalah utama penduduk di kawasan parlimen Batu, Wilayah Persekutuan adalah bangunan flat Program Perumahan Rakyat (PPR) yang telah berusia dan perlu dibangunkan semula.


Menurut calon Pakatan Harapan bagi parlimen Batu, P Prabakaran, manifesto beliau kali ini adalah untuk memperjuangkan hak penghuni mendapat kediaman yang lebih selesa dalam pembangunan semula flat PPR.


"Parlimen Batu banyak flat PPR yang berusia 40 tahun dan saiznya 500 kaki persegi, saya rasa kita tidak boleh guna ukuran begini lagi. Saya berusaha sejak 3 tahun lalu saiz rumah yang lebih baik kerana keluarga ada 3 anak tidak boleh tinggal dalam keadaan itu


"Minimum saya perjuangkan 1000 kaki persegi, 3 bilik dan 2 tandas supaya selesa


"Bagi tunggakan bayaran PPR pula, majoriti memang tak ada duit untuk bayar. Flat Negeri Sembilan misalnya tunggakan mereka RM200,000. Saya akan perjuang golongan ini agar dibantu kerajaan. Saya beritahu DBKL kalau beri surat merah di mana mereka akan pergi? Kita akan bantu masalah ini, mungkin (minta DBKL) beri diskaun," katanya.


Bagi isu pasar harian di Batu pula, Praba sedang mengusahakan pembangunan semula Pasar Sentul yang telah berusia dan kedudukannya yang memberi masalah lalu lintas di jalan utama Sentul.


"Ada tiga pasar utama, pasar borong, pasar harian dan pasar Sentul.


"Kita nak tingkatkan pasar ini supaya ekonomi rakyat meningkat. Pasar harian kita telah bangunkan semula, dah cantik dah ada jalan sangat luas untuk berniaga dan membeli. Fokus utama saya Pasar Sentul dah 50 tahun tak ada perubahan.


"Semasa saya Ahli Parlimen Sentul, pasar (ada peruntukan) dalam RMK 11 tetapi tak ada perubahan. Saya dah merancang dengan DBKL, mana nak letak pasar itu tetapi saya belum dapat selesaikan sebab kerajaan PH jatuh, saya cuba bangkitkan dalam parlimen.


"Sekarang saya akan pastikan Pasar Sentul dibangunkan semula," katanya.


Selain itu, beliau juga mahu meluaskan khidmat bas percuma di kawasan Batu kerana perkhidmatan bas RapidKL dilaporkan tidak lagi mencapai di seluruh kawasan parlimen berkenaan.


"Isu pengangkutan pada 2019 saya buat polisi baru di Batu dengan bantuan kerajaan PH masa itu. Kita beri bas percuma kepada penduduk. Jalan Ipoh ke UTC kita ada bas percuma. Kalau saya menang kita akan guna inisiatif yang sama di tempat lain seperti Jinjang, Kepong. Saya dengar RapidKL kurang beroperasi di kawasan itu," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page