Tumpu masalah rakyat, bukan berpolitik - Akmal



Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir menggesa kerajaan supaya menumpukan kepada masalah ekonomi, peningkatan kes Covid-19 dan vaksin ketika ini berbanding kemelut politik dan kestabilan kerajaan.


Beliau berkata, peningkatan kes Covid-19 menyebabkan rakyat bimbang sama ada akan ada prosedur operasi standard (SOP) baharu ataupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi kerajaan masih sibuk berpolitik.


"Kerajaan seharusnya menumpukan kepada SOP dan kelangsungan ekonomi kerana kesannya sangat teruk.


"Sebab kalau ditanya pemain-pemain industri, mereka mengharapkan kerajaan fokus kepada isu sebenar," katanya di ibu pejabat KEADILAN.


Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Keadaan itu menyebabkan Muhyiddin hanya mempunyai majoriti 110 daripada 220 ahli Parlimen.


Apabila ditanya sama ada Pakatan Harapan (PH) sudi menerima sokongan dari ahli Parlimen UMNO untuk membentuk kerajaan baharu, Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berharap ahli-ahli partinya berpegang kepada prinsip perjuangan.


"Kami lihat dari segi kerangka yang besar. Bila berbalik soal prinsip, kita kena pegang dengan prinsip," katanya.


Beliau bagaimanapun mahu menumpukan kepada masalah yang dihadapi oleh golongan belia dan vaksin Covid-19 ketika ini.


"Tanggungjawab saya adalah memastikan anak muda dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan Covid-19 belum selesai," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
1638
3
1449
Total
349,610
1286
333,892

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
634,746
6,993
432,526
Total
130,914,490
2,852,527
105,374,969

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER