Tugas utama AMK tarik sokongan pengundi 18 - Perwakilan Wilayah
- Suara Keadilan
- Jul 15, 2022
- 2 min read

Menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 seharusnya Angkatan Muda KEADILAN maklum tugas utama mereka adalah memastikan pengundi 18 tahun menyokong Pakatan Harapan.
Dengan jumlah Undi 18 dan Undi 21 sehingga 5 juta, maka sokongan majoriti daripada kelompok itu akan memastikan PH menjadi Kerajaan Persekutuan dan Presiden KEADILAN akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke 10.
Sehubungan itu, Pembahas Wilayah Persekutuan, Azfar Aza dalam perbahasannya menyeru agar AMK menjuarai isu isu rakyat terutamanya yang menglibatkan anak muda dan mendapatkan sokongan mereka.
"Tugas utama setiap daripada kepimpinan AMK adalah untuk cakna dan ambil penduli tentang apa yang sedang dihadapi
oleh rakyat.
"Undi 18 merupakan the main task para perwakilan di sini, kita bukan sahaja ingin menarik minat pengundi muda. Malah kita perlu menjadi the first choice of this youngster's.
"Kita tak boleh ke belakang dan menjadi pilihan terakhir buat mereka. Suara Anak muda suara yang harus kita ketengahkan.
"Jadi bagaimana dan apa yang kita lakukan adalah tugas setiap dari ahli AMK di seluruh Malaysia. Sebelum kita dengar formula dari Timbalan Presiden. Saya nak keluarkan dulu formula meraih sokongan anak muda. Iaitu 3 isu utama yang AMK perlu bawa menuju pilihanraya. Pendidikan, kos sara hidup dan pekerjaan," katanya,
Menurut beliau, biar pun ketiga tiga isu itu sering diungkapkan namun tanpa tumpuan jitu dari AMK, rakyat tidak melihat elemen berkenaan sebagai agenda utama KEADILAN.
"Seruan pendidikan percuma mungkin terlalu idealis dan tidak mampu dilaksanakan. Kita jangan populis sampai tahap bila pegang kerajaan mula berdolak dalih. Faktanya PH tak pernah janji pendidikan percuma.
"Cuma kita kena pastikan murid-murid di Malaysia mempunyai sekolah yang selesa. Sekolah-sekolah daif diberikan dana yang secukupnya untuk dibaiki.
"Sekolah-sekolah di perkampungan Orang Asal diperbesarkan dan diberi sumber secukupnya untuk memastikan anak-anak Orang Asal mendapat pendidikan berkualiti. Ini termasuklah kurikulum yang sesuai dengan suasana sosiobudaya
Orang Asal," katanya.
Mengenai kos kehidupan pula, beliau menyarankan agar AMK cuba memahamkan bagaimana KEADILAN akan membantu rakyat.
"Pertamanya definisi B40 M40 itu sendiri menyebabkan ramai orang tercicir dari mendapat bantuan.
"Kita nak klasifikasi ini diubah, dan kemiskinan ini diukur dari pelbagai dimensi. Dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup, kita nak desak kerajaan tingkatkan lagi bantuan bersasar.
"Bukan lagi subsidi pukal, buat apa nak tolong orang yang dah mampu? Saya dari Wilayah, kita di KL ni kalau suami isteri bawak balik pendapatan keluarga RM 6 ribu pun belum tentu cukup. Tolak semua, nak makan pun tak cukup. Tetapi masih tidak dikira sebagai layak menerima bantuan," katanya lagi.
Comments