'Tugas anak muda sambung perjuangan, singkir mentaliti Umnorisme dalam pemerintahan'



Anak muda Malaysia mempunyai tugas getir dalam perjuangan untuk memastikan negara menjadi lebih baik buat generasi akan datang.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Adam Adli Abdul Halim berkata, biar pun Umno - BN pernah kalah di negara ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 lalu namun untuk mengubah sikap pemerintahan amatlah sukar kerana parti itu telah 60 tahun berkuasa dan menerapkan ideologi politik mereka di kalangan pentadbir kerajaan.


"Cabarannya negara ini 60 tahun bawah Umno. Jadi mereka bukan parti biasa yang tunggu PRU. Tetapi setiap saat Umno terus menerus bina akar dalam masyarakat. Akhirnya institusi kita, penjawat awam, kerajaan, ekonomi 'diUmnokan' menjadi sebuah sistem yang saling terkait. Jangan harap dengan hanya tukar kerajaan kita boleh ubah semua.


"Menang pilihan raya, kerja perubahan itu tidak boleh buat 22 bulan, malah satu penggal sekali pun. Nak cabut semua bobrok yang ditanam Umno perlukan puluhan tahun dan kerja kuat berterusan.


"Tak melampau kita cakap ia perkara yang perlu diwariskan satu generasi ke satu generasi.


"Jadi tugas orang muda adalah sambung perjuangan ini. Dalam politik caca marba hari ini, boleh menang atau tidak kita, soalnya yang muda ini jangan hanya tunggu perubahan datang. Perubahan mesti kita gerakkan," katanya dalam ceramah Jelajah Harapan Selangor di Dewan Serbaguna MPAJ, Jalan AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang, malam tadi.


Tambah Adam, anak muda mungkin tidak tahu Rang Undang undang yang diluluskan di Dewan Rakyat minggu lalu misalnya melibatkan akta gangguan seksual, lompat parti dan sebagainya telah diperjuangkan oleh gerakan reformasi sejak belasan tahun sebelumnya.


Hal itu, katanya, perlu memberi kesedaran kepada generasi muda akan perlunya mereka bangkit dalam politik.


"Di atas bahu kita terletak tanggungjawab untuk pastikan lebih banyak perubahan dalam negara. Pembuat dasar, ahli dewan, tanggungajawab mereka bukan lagi seperti di bawah Umno, masuk kampung bagi bantuan, hadir kenduri. Tanggungjawab (pemimpin PH) lebih, bukan (sekadar) menang pilihan raya, lagi 5 tahun menang lagi.


"Yang perlu dibuat untuk kita ialah bina sebuah negara lebih baik untuk generasi akan datang. Jadi ahli dewan yang faham tanggungajwab. Jangan ikut generasi Umno-BN sebelum ini," katanya.


Justeru, tegas Adam, generasi muda perlu berusaha untuk melahirkan pemimpin bertanggungjawab dan boleh tamatkan Umnorisme dalam pemerintahan. Hal itu, katanya perlulah dimulakan dalam PRU 15.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER