top of page

Tuduh Eropah tak bantu Turkiye, sikap Presiden Pas memalukan



Presiden Pas, Abdul Hadi Awang digesa berhati-hati ketika membuat dakwaan supaya tidak memalukan diri sendiri.


Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin memberi peringatan itu susulan tuduhan Ahli Parlimen Marang tersebut yang mendakwa negara Eropah tidak menunjukkan usaha membantu Turki yang dilanda gempa bumi baru-baru ini.


Melalui satu kenyataan media, Razeef membetulkan kenyataan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dengan menegaskan sehingga hari ini sebanyak 92 negara termasuk Eropah telah menghantar bantuan ke Turkiye.


"Sebagai makluman setakat 7 Februari sahaja, Eropah melalui insiatif 'EU Civil Protection Mechanism' telah menghantar 1150 petugas mencari dan menyelamat serta 70 ekor anjing penyelamat dari 19 negara Eropah.

"Jadi dari manakah maklumat yang Hadi perolehi sehingga beliau mendakwa negara Eropah tidak membantu?


"Kenyataan Hadi sangat memalukan, apatah lagi kedudukan beliau selaku presiden parti Islam," katanya.


Abdul Hadi dalam kenyataan di Twitternya selain menuduh negara Eropah tidak membantu, mendakwa negara-negara itu lebih cenderung membantu Ukraine yang berperang dengan Rusia semata-mata mahu mempertahankan kedudukan mereka.


Sementara itu dalam kenyataan sama, Razeef turut menyelar sikap Hj Hadi yang mengaitkan gempa bumi yang berlaku di Turkiye sebagai bala atas kemungkaran.


Beliau mempersoalkan apakah setiap bencana alam yang menimpa terhadap pihak lain adalah bala namun jika ia berlaku di Terengganu ianya disifatkan sebagai ujian?


"Jika dilihat dari kenyataan Hadi, ini bermaksud setiap tahun negeri Terengganu ditimpa bala banjir akibat kemungkaran.


"Pas perlu mempertimbangkan semula untuk terus mengekalkan Hj Hadi sebagai Presiden parti yang jelas merosakkan nama parti tersebut.


"Malah ketika di bawah kerajaan Perikatan Nasional, bukan sahaja beliau gagal membawa Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU355, namun beliau seperti tidak berfungsi sebagai Duta Khas negara ke Timur Tengah dan dilihat seperti "makan gaji buta"," katanya dalam kenyataan tersebut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page