top of page

Tubuh pasukan khas tangani penipuan kewangan digital - Chean Chung

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 13, 2022
  • 2 min read


Bank Negara Malaysia (BNM) digesa menubuhkan satu pasukan khas (task force) bagi menangani jenayah penipuan kewangan (financial fraudsters) perkhidmatan perbankan internet dan mobile yang telah sampai ke satu tahap yang amat membimbangkan ketika ini.


Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, BNM tidak boleh lagi bergantung kepada agensi agensi terpisah dan Unit Jenayah Perdagangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang wujud sekarang memandangkan penipuan tersebut semakin canggih dan dilakukan oleh sindiket yang berkemahiran tinggi.


Katanya, sindiket bukan sahaja menguasai modus operandi penipuan yang canggih tetapi juga memahami kelompongan undang-undang negara sedia ada.


"Selain daripada kes-kes yang dilaporkan di media dan kepada pihak polis, kami percaya terdapat lagi banyak lagi kes yang belum diketahui.


"Keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan akan terjejas jika tiada tindakan yang drastik dan pantas diambil," katanya dalam sidang media di hadapan bangunan BNM, tengah hari tadi.


Menyerahkan memorandum kepada wakil Bank Negara Malaysia

Tegas Chean Chung, BNM sebagai badan tertinggi kawal selia kewangan selain menjaga kepentingan bank bank komersil, badan itu juga perlu jaga kepentingan rakyat biasa.


"Kami mencadnagkan agar diwujudkan Unit Bantuan Penipuan Kewangan di dalam semua bank komersil termasuk bank digital dan e-wallet supaya mangsa dalam seminit selepas ditipu mereka ada tempat untuk mengadu dan bank sempat mengambil tindakan (sebelum dana lesap)


"Kedua, kita mencadangkan BNM supaya memudah cara mekanisme pemberian pampasan kepada mangsa sekiranya bank komersial didapati bertanggungawab


"Ketiga, BNM mengambil inisiatif menubuhkan satu task force, bukan lagi satu mesyuarat, jawatankuasa dan sebagainya. Perlu ada task force libatkan BNM, polis, SPRM, Kementerian Kewangan dan agensi agensi lain


"Keempat, memulakan perbincangan dengan Peguam Negara supaya akta boleh dipinda dan menyemak semula kesuaian akta tersebut sesuai dengan perkembangan semasa kewangan digital," katanya.


Sehubungan itu, ADUN Semambu itu bersama beberapa pimpinan KEADILAN menyerahkan memorandum 4 cadangan berkenaan kepada wakil Gabenor Bank Negara.


"Kita sempat bertemu dengan bahagian Perhubungan Awam untuk serahkan surat kepada pihak BNM dan beliau berjanji akan bawa surat itu dalam kadar segera kepada gabenor


"Saya mengharapkan kerjasama dan tindakan lebih pantas. Seperti mana negara lain yang semakin berani dan semakin pantas membanteras isu penipuan kewangan, kita kena gandakan usaha dengan semua pihak agar isu ini boleh dikawal," katanya lagi.


Selain Chean Chung beberapa pemimpin KEADILAN yang turut serta ialah ADUN Teja, Sandrea Ng; ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing; ADUN Bakar Arang, Ooi Tze Min; Pegawai Tugas Khas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Romli Ishak dan Pengerusi Cabang KEADILAN Putrajaya Onn Bakar.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page