top of page

Tubuh jawatankuasa Kabinet tangani gangguan bekalan gula



Kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa Kabinet mengenai hala tuju bekalan gula bagi menangani kekurangan bekalan dan memastikan harga barangan tersebut stabil.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata penubuhan jawatankuasa itu susulan krisis gula yang berlaku di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.


Jelasnya, empat kementerian diberi tanggungjawab menganggotai jawatankuasa tersebut, selain KPDN, turut serta adalah Kementerian Kewangan, Ekonomi serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.


Libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk dengan syarikat pengeluar gula tempatan iaitu MSM Malaysia dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) juga akan diadakan bagi mendapatkan input dan pandangan berhubung perkara tersebut.

"Walaupun kekurangan gula hanya berlaku di Kelantan dan Terengganu, saya berpandangan sebuah jawatankuasa Kabinet perlu diwujudkan bagi merangka langkah penyelesaian jangka panjang kepada isu ini.


"Dengan pelan komprehensif dan langkah yang akan diambil kelak, saya yakin isu gangguan bekalan dan kestabilan harga gula akan ditangani sebaiknya," katanya.


Sebelum ini media melaporkan, bekalan gula di Kelantan dan Terengganu terputus sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan peniaga.


KPDN kemudian memaklumkan gangguan berpunca susulan penutupan sementara kilang gula MSM di Johor dan Perai, Pulau Pinang ekoran cuti sambutan Aidilfitri.


Walau bagaimanapun masalah kekurangan bekalan itu kemudian berjaya ditangani KPDN dalam tempoh dua hari.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page