top of page

Trend baharu hala tuju pengundi mungkin kelihatan dalam PRN?



Enam bulan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 yang menyaksikan tsunami hijau melanda Pantai Timur dan Utama Semenanjung Malaysia, satu trend berlainan mungkin akan dilihat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai ini.


Hal itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar berdasarkan polling atau undian pendapat yang beliau lakukan di Facebook, kelmarin.


Katanya, terdapat perubahan trend berdasarkan pertanyaan yang beliau tanya kepada pengunjung FB terutama melibatkan soalan yang agak kontroversi mengenai agenda Melayu-Islam.


"Saya rasa ada trend baru. Antaranya saya tanya adakah anda yakin Kerajaan Perpaduan ini mampu membela agenda Melayu dan Islam


"Persoalan yang agak sensitif tetapi mereka menyatakan 76% yakin kerajaan ini tidak mengabaikan agenda Melayu dan Islam


"Jadi berdasarkan ini, saya rasa polisi yang diambil oleh Datuk Seri Anwar dengan berimej Melayu itu ada impak kepada segmen Melayu, audien Melayu," katanya kepada Suara Keadilan.


Bagaimanapun, kata Hisomuddin, polling yang beliau lakukan tidak begitu tepat sebagaimana keputusan survey yang dibuat oleh Ilham Centre sebelum ini.


Cuma katanya, ada beberapa yang menarik untuk dijadikan panduan kepada trend hala tuju politik semasa, contohnya, kata beliau apabila pengunjung yang menjawab soalan polling itu konsisten pada satu satu tanda aras.


"Dari awal saya mengendalikan polling ini, saya tengok bila masuk 10 orang, 100 orang atau 200 orang, peratusan itu konsisten. Kita tanya satu soalan dari awal lagi peratusan itu hampir sama.


"Misalnya saya tanya adakah anda memahami agenda Madani? 65% kata Ya, 35% kata Tidak


"Dari awal polling angkanya 65%, 63%. Jadi dia bermain sekitar itu sahaja sampai polling ditutup," katanya.


Polling yang dilakukan secara peribadi oleh Hisomuddin itu menanyakan 10 soalan dalam sehari dan ia dilakukan selama beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu untuk melihat mood rakyat kepada isu semasa terkini.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page