Tragedi Gunung Jerai: Henti kaitkan takdir dengan bencana alam - Anwar



Jawapan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat semalam mengelirukan dan mengandungi fakta yang salah terutama merujuk Gunung Jerai terletak di dalam kawasan hutan simpan dan tiadanya aktiviti pembalakan.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdasarkan semakan, Gunung Jerai tidak terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Muda dan ketiadaan aktiviti pembalakan di kawasan hutan simpan di Kedah sebagaimana yang dijawab oleh Menteri tidak terpakai bagi kes berkenaan.


"Merujuk kepada insiden kepala air yang berlaku di kawasan berkenaan sebelum ini, pihak kementerian harus melaksanakan siasatan menyeluruh apakah berlaku sebarang aktiviti pencerobohan hutan di kawasan tersebut.


"Ini kerana Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) sebelum ini mengenalpasti kira-kira 3,500 hektar kawasan hutan simpan di seluruh negeri itu telah diteroka secara haram sejak 2011.


"Menurut pakar hidrologi Chan Ngai Weng dari Universiti Sains Malaysia, perubahan iklim hanyalah faktor sampingan kepada musibah tersebut.


"Tambah beliau lagi, faktor-faktor utama adalah pembalakan, aktiviti pembinaan dan penanaman (agro) serta penukaran status hutan dara ke kawasan penempatan," katanya hari ini.


Tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu, fakta yang sama juga dikongsi oleh pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan kelestarian alam sekitar.


"NGO Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyebut air yang berselut (tragedi Gunung Jerai) adalah bukti nyata bahawa aktiviti pembalakan terus berlaku dengan kadar yang melampau. Kerajaan negeri Kedah, kerajaan Persekutuan serta kementerian harus memantau dan bertindak.


"Saya mendesak menteri bertanggungjawab agar lebih serius melakukan pemantauan dan hentikan salahguna konsep 'takdir' kerana faktor-faktor utama adalah berpunca dari kerakusan dan ketamakan manusia," kata Anwar lagi.


Semalam dalam berbahas melibatkan insiden kepala air di kawasan Gunung Jerai baru-baru ini, Takiyuddin membariskan fakta terdapat kawasan hutan simpan yang diluluskan untuk pembalakan di Kedah namun sehingga 2021 tiada satu pun yang dikeluarkan lesen pembalakan.


Bagaimanapun Takiyuddin membayangkan Gunung Jerai terletak dalam kawasan hutan simpan yang tiada aktiviti pembalakan berlesen mahu pun haram.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER