top of page

Tragedi demi tragedi: Wanita harus prihatin keadaan sekeliling - Mahani

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 28
  • 1 min read

Updated: Jun 29


Mahani Masban (tengah) bersama Ketua ketua Wanita KEADILAN Cabang Melaka
Mahani Masban (tengah) bersama Ketua ketua Wanita KEADILAN Cabang Melaka

Tragedi pilu menyayat hati yang terjadi di beberapa negeri sebagaimana dilaporkan media massa kebelakangan ini perlu dijadikan pengajaran.


Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Masban menyeru agar Wanita KEADILAN juga wanita seluruh negara secara amnya membuka mata terhadap persekitaran dan melaporkan kepada pihak berkuasa sebarang hal yang mencurigakan di kawasan masing masing.


Katanya, kejadian tragis seperti di Johor, apabila isteri dibunuh dengan kejam oleh suaminya yang dipercayai mengalami gangguan mental; seorang ayah yang sakit jantung meninggal dunia dan bayinya turut meninggal kerana terhimpit tangan ayahnya sewaktu isteri lelaki itu keluar bekerja di Melaka; atau kes penderaan kanak-kanak berumur sembilan tahun yang menagalami kecederaan di seluruh tubuh tidak akan berlaku sekiranya masyarakat lebih prihatin.


"Kami menyeru agar semua pihak mengambil langkah mengenali siapa yang tinggal di kawasan masing-masing, sama ada pemilik atau penyewa.


"Jiran tetangga harus lebih peka terhadap keadaan sekeliling dan tidak bersikap lepas tangan.


"Pemeriksaan kesihatan berkala juga perlu dititikberatkan agar ibu bapa sentiasa sihat dan mampu menjaga keselamatan anak-anak.


"Aspek kesihatan mental tidak boleh diabaikan. Jangan tunggu sehingga berlaku kejadian menyayat hati barulah mahu bertindak," kata Mahani bersama enam Ketua Wanita Cabang KEADILAN di seluruh Melaka.


Sehubungan itu, katanya, Wanita KEADILAN Melaka merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkesan akibat tragedi-tragedi berkenaan.


"Setiap satu daripadanya meninggalkan kesan hitam dalam sejarah keluarga dan negara.


"Jadilah mata dan telinga yang aktif untuk keluarga anda, jiran anda dan komuniti anda. Bersama kita bina masyarakat yang lebih prihatin dan selamat untuk semua," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page